Friday, November 13, 2009

Sembang sembang pesara
Biasa lah apabila seseorang kakitangan sesuatu jabatan itu tiba masanya untuk bersara maka bakal2 pesara ini akan diraikan dalam majlis pesaraan yang dianjurkan olih kakitangan jabatannya.Semacam satu adat pula sebagai majlis yang dikatakan untuk mengenang budi.Adat yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan,amalan yang berterusan dan tiada siapa berani menyanggahnya.Bermacam2 program diatur dan dilakukan secara besar besaran,kecil atau sederhana.Ia bergantung kepada kedudukan sesorang pesara itu.Kalau tinggi pangkatnya maka besarlah sambutannya dibuat dihotel lima bintang dengan hiburan yang hebat sekali.Kadang2 yang berpangkat bawah ini sambutan nya tidaklah hebat dan dibuat didewan biasa sahaja atau di pejabat,itu pun kadang2 sekadar hi tea sahaja.Semacam ada unsur2 diskriminasi pula yang mana perkara begini sering menimbulkan rasa tidak puas hati dipehak kakitangan bawahan.Maka timbul lah isu boikot memboikot dan menyebabkan majlis yang dirancang kurang mendapat sambutan.
Majlis meraikan pesaraan ini bagi bakal pesara ia merupakan detik2 yang mendebarkan dan penuh beremosi kerana dari tarikh ini ia akan kehilangan authority dan tidak diperlukan lagi hadhir ketempat kerja nya.Orang kampong kata “sain nya tak laku dah”.Dalam majlis ini bakal pesara adalah tetamu terhurmat duduk pun di meja VVIP satu meja dengan ketua jabatan dan pegawai tinggi lain.Bagi sesetengah pesara, ini lah agaknya pertama kali dia dapat pelung duduk semeja dengan pengarah nya.Maklum sahaja lah bagaimana perasaan nya,duduk tak kena,makan tak kenyang dan nak sembang tak tahu pulak apa hendak disembangkan,sudahnya duduk diam dan tunggu peluang hendak cabut sahaja.Pendek cerita dalam majlis ini dia menjadi focus dan di beri layanan istimewa macam raja sehari semasa menjadi penggantin dulu.Sambil menjamu selera hadirin akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian serta diiringi olih“live band”,bagi menghidupkan susana malam itu,supaya tidak nampak muram dan sedih serta memilukan.Selesai makan dan persembahan hiburan diberhentikan,maka sampai lah keacara sebenarnya ia itu ucapan olih ketua jabatan dan pesara itu sendiri serta penyampaian cederahati.Ketua jabatan akan memberi ucapan,sudah tentu ucapannya ditujukan kepada bakal pesara,faham sahaja lah ucapannya sudah tentu yang elok dan cantik belaka ,pujian yang menggunung setinggi gunung Kinabalu Balu layaknya,tiada cacat celanya,tiada yang pahit semua yang manis2 belaka,tapi masa bekerja dahulu tuhan sahaja yang tahu, hendak dapatkan prestasi cemerlang pun susah. Adat dunia
Apabila tiba giliran bakal persara untuk berucap para hadirin memberi tepukan gemuruh untuknya kerana masing2 hendak dengar ceritanya pulak.Dalam ucapannya bakal pesara akan mengimbau zaman silamnya,pahit manis yang dilalui sepanjang kariernya berkhidmat hampir 30 tahun dan lebih.Tempat jatuh lagi dikenang.Ada juga peluang ini digunakan olih setengah2 pesara untuk untuk menghentam jabatan dan ketua jabatannya apa jua yang terbuku dikalbunya selama ini dengan cara ini puas hati nya.Release tension yang selama ini yang menggangu fikirannya,satu kepuasan yang maksima baginya.Perlu diingat kalau banyak sangat bercakap di atas pentas itu nanti hadirin akan buat penilaian,silap2 terkena muka sendiri balik.Maklumlah kalau bercakap itu asik menyalahkan jabatan dan ketua jabatan sahaja,sampaikan perkara kecil pun diperbesarkan,orang akan mula komen yang dia itu kelentong yang lebih,banyak tidak betul dari yang betul.Orang tua2 zaman dahulu pernah berpesan,semakin banyak kita berbicara tentang kehebatan diri sendiri,maka semakin banyak pula kemungkinan untuk kita berbohong.Tetapi tidak banyak yang bersikap begitu,jangan rosakkan majlis,biarlah majlis persaraan ini berjalan dengan penuh harmoni ,istemewa dan untuk dikenang selama2 nya.Bila ucapannya belum juga selesai lagi para hadirin mula gelisah serta merunggut “dah nak pencen tu sudah lah,kami dah lapar ni makanan pun dah sejuk”Bila selesai beri ucapan bakal pesara pun turun dari pentas,dalam hati sesetengah tetamu yang sekian lama menanti untuk naik pangkat berkata “selamat bersara,kosongkan lah tempat tu kami nak naik pangkat juga”.Bayangkan lah jika satu jawatan diatas itu kosong kesannya sampai kebawah,jadi adalah peluang bagi orang menunggu sahaja selama ini.Begitu lah kelangsongannya majlis persaraan itu yang berlaku begitu cepat.Selesai majlis, pesara dan isteri beredar keluar dari dewan dan bersalaman dengan semua kakitanggan yang hadir dalam majlis malam itu.Dalam perjalanan pulang bermacam2 yang difikirnya untuk meneruskan perjalanan hidup selanjutnya dialam persaraan.Yang pastinya hidup sudah bebas dari sangkar dan kongkongan ,your daily schedule no needs to run on office time.You can have lunch at three o’clock if you feel like it.
Bagi saya dari awal2 lagi telah mengingatkan pehak pengurusan supaya program untuk meraikan persaraan saya hendaklah biasa sahaja dan mahu kan kelainan.Tiada jamuan dihotel memadai diadakan didewan besar pejabat dan waktu berkerja,ambil masa sikit dalam 3 jam begitu.Acaranya bacaan doa kesyukuran,ucapan dan jamuan.Pada saya majlis yang dibuat secara berlebihan ini tiada apa signifikannya selain untuk menambahkan lagi kesayuan dan kesedihan.Nanti adalah yang menitiskan air mata apatah lagi pesara itu sendiri.Biarlah ianya berlalu begitu sahaja ,yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti.Sekian.
HMS 07/SPP/2.

No comments:

Post a Comment