Saturday, March 2, 2013

Melancong ke Pekanbaru pada 9/1/2013 4h3m.

Saya dan isteri berserta hj.Isa dan isteri serta hj.Zakaria dan isteri telah berkunjung ke Pekanbaru,Sumatera,Indonesia dengan menaiki penerbangan tambang murah Airasia...betul2 murah rm124 untuk dua orang.Penerbangan dari Lcct ke Pekanbaru ambil masa 45 minit sahaja,kalau hendak pesan makanan tidak sempat habis sudah mendarat.


Lapangan terbang yang baharu dibena ini hampir 90% siap,lapangan terbang yang baru ini kelihatan cantik dan mempunyai kelengkapan moden ,luas dan selesa sesuai dengan konsep semasa lain2 lapangan terbang antarabangsa.Dilapangan terbang kami dijemput sendiri olih pemilik syarikat pelancongan Tiara ibu Desmira dengan pembantunya,selama disini kami akan dibawa ketempat lawatan mengikut internery yang telah disediakan.



Check in...dihotel 5 star,

Hari pertama tiada banyak tempat untuk dilawati kebetulan sampai pun sudah petang ,kami terus dibawa ke mesjid agung untuk mengerjakan solat zohor dan asar jammak,kebetulan sudah masuk waktu asar.Selepas solat asar kami dibawa minum petang,kebetulan restoran ini ada menjual roti canai kari ayam dan minum kopi O nya,Dan seterusnya dibawa ke hotel untuk rehat sebelum dibawa malamnya untuk makan malam.
Makan malamnya kami dibawa kesebuah restoran Hj.Upik yang menyediakan hidangan istemewa tempatan,gulai ikan baung masak tempoyak dan asam pedas dan lain lauk masakan padang.Puas makan disini,sambil menekmati hidangan kami dihiburkan dengan life band,lagu lama dan baru.
mesjid agong.

mesjid agong 

gulai tempoyak ikan baung.


sedapnya

lapar dah.




semut merah
Selepas makan kami balik ke hotel,tiada apa2 aktiviti sebelah malamnya.Bangun awal pagi dan berjalan kaki untuk sembahyang subuh di mesjid agung,jauhnya dalam sekitar satu kilometer.

breakfast di hotel.




breakfast hotel

Selepas minum pagi kami di bawa melancung keluar kota menuju ke Kuok dan Bangkenang.,tiada tempat2 lawatan yang menarik,sekadar melihat pemandangan banjaran gunung,tasek janakuasa  yang luas dengan jalan yang berliku2,serta melihat kehidupan masyarakat setempat.Bandar Pekanbaru ini kelihatan bersih dan hampir 90% penduduknya berugama Islam.Bahasa pertuturan nya tidak jauh berbedza dengan bahasa melayu kita,disamping mereka berbahasa dialek padang.
Dalam lawatan ini kami telah dibawa kesebuah kampong dimana terdapat sebuah mesjid yang tertua ,berumor lebih 100 tahun.Mesjid ini diperbuat dari kayu dan tidak menggunakan paku.Mesjid ini maseh lagi berdiri kukuh dan maseh digunakan.
minum petang roti canai.

Rumah makan Panglima.








dalam mesjid.
kampong Air Tiris dg prabolanya.

Pekan kecil Kouk.

Selain lawatan ke mesjid kami dibawa ke candi tertua ,zaman awal kerajaan Hindu ,disini kami sehinggah sebentar sahaja.Lawatan ke Kuok dan Bangkenang mengambil masa seharian juga,sampai hotel sudah petang.Rehat dan mandi untuk keluar makan malam jam 7.30 waktu tempatan.Di sini jam tak perlu ditukar kerana waktu nya sama,cuma disini cepat gelap dan subuhnya awal.




Makan malam nasi padang di restoran Pak Datuk,tak tahu lah ada kah pemilik datuk dari Malaysia ,tak tahu lah kita.


Dalam perjalanan ke Kuok dan Bangkenag kami sempat singgah untuk makan tengahari di Rumah Makan Kelok Indah.Yang menarik perhatian kami terdapat banyak nya gerai2 yang menjual lopek bugi,kami pun singgah untuk makan dan mencuba nya.Banyak kereta berhenti di gerai2 ini,untuk singgah minum dan makan kueh ini ,yang bungkus bawa balik pun ada.Kami singgah dan pesan beberapa bungkus,kuehnya dibalut dengan daun pisang dan panas2.bila dibuka dan dimakan rasanya macam kueh koci kita,memang sedap,lemak dan manis inti kelapanya.

gerai lopek bugi.



Di hari terakhir lawatan, kami dibawa melawat dan singgah diberapa tempat dan singgah makan di Koki Sunda.dan seterunya ke lapangan terbang.Pemandu pelancung kami bapak Taufiq sungguh mesra dan melayan kehendak kami dengan penuh kesabaran,terima kasih kami kepada beliau dan boss nya ibu Desmira.

bapak Taufiq

Dewan Budaya.




kedai makan sunda.


enak ya buk..


cium dulu  baunya pak.



pak Isa dan pak Taufik.      

LUAS PANDANGAN BANYAK PENGALAMAN.