Friday, December 25, 2009

Sembang sembang pesara 5

Kebanyakan orang yang bekerja ini bila bersara baharu lah dapat duduk dirumah sendiri.Dulu semasa bekerja rumah itu disewakan atau di biarkan kosong sahaja.Tak di sewakan mana mencari duit untuk membayar hutang bank atau pinjaman kerajaan.Hutang ini setiap bulan dah siap dipotong melalui slip gaji.Dengan disewakan beban hutang itu ringan lah sikit.Kalau dapat penyewa yang berdisplin bayaran sewa nya bulanannya pun "on time,rumah pun bersih dan dijaga dengan baiknya.Yang ini tidak lah memeningkan kepala.Yang bermasaalah ini dia buat pekak badak aja,setiap kali minta wang sewa ada saja alasan nya,kadang2 kita pergi kerumah batang hidung pun tak nampak,yang teruknya lari malam pun ada.Kalau dibiarkan kosong rumah lagi rosak kerana tiada penjagaan.Ini lah delima nya hendak disewakan atau di biarkan kosong sahaja.Pepatah kata ditelan takut tercekik diluah berkeronconglah perut.






Biala sudah bersara ini terasa bebas,fikiran lapang,tiada kongkongan buatlah ikut selera sendiri dan ditambah pula dapat duduk di rumah sendiri yang dibeli atas usaha sendiri.Jadikan "rumah itu syorgaku",maka isilah masa lapang dengan menjaga kebersihan dan menghias dalam dan luar rumah.Masa bekerja dulu duduk di kuarters yang disediakan olih kerajaan tidak banyak bolih dilakukan.Dan sekarang ini kira nya dah menetap tiada pindah2 lagi.Masa bekerja dulu saya telah bertukar di lapan buah negeri dalam Malaysia ini,kesempadan utara,bahagian tengah,sempadan selatan,ke pulau hatta hingga lahlah ke Malaysia Timur dalam pada itu empat belas kali pindah rumah.Nasib lah semua perbelanjaan ditanggong olih kerajaan.Pepatah kata tujuh kali pindah bukannya papa sepatutnya jadi kaya,kaya dengan harta tanah,tambah cawangan pun bolih,tapi yang pasti saya kaya dengan sahabat dan kawan.Ada baik nya juga bertukar dibanyak tempat ini ,banyak berjalan luas pandangan dan banyak pengalaman.Tidaklah macam katak dibawah tempurong.




Hidup ini macam pusingan roda,sekarang ini kita jadi "orang tua"bila musim perayaan saperti hari raya anak2 berserta keluarga akan balik berhari raya dirumah kita.Cucu2 hendak berhari raya dirumah atuk.Zaman dulu kita kata hendak berhari raya di kampong.Maknanya balik kampong berhari raya dirumah emak bapak,ini betul2 punya kampong,datuk nenek,emak bapak dan adik beradik emak bapak,saudara mara jauh dan dekat semuanya tinggal sekampong yang sama atau berdekatan.Baru lah suasana berhari raya meriah,hubungan antara sesama saudara waktu itu akrab dan kunjung mengunjung. Anak dan cucu kita ini tidak tahu dimana kampongnya dengan saudaranya pun tak mesra dan tak kenal pun.Jadi istilah balik kampong ini dah tak kena untuk di pakai.Maklum lah masa kita bertugas dulu bapak nya pun sama ikut kita berpindah juga.Akhirnya dimana kita pencen disitulah kita menetap.Ini dikatakan 1 Malaysia,ada yang lahir dan kampong asalnya di Sungai Manik tetapi menetap di Kinabatangan Sabah.Maka tinggallah kampong asalnya tiada berpenghuni ,penduduk pun kurang ,bendang terbiar,rumah pusaka reput begitu sahaja dan kegemilangan zaman silam hanya tinggal kenangan sahaja.

Teringat saya semasa tiba musim perayaan masing2 sebuk hendak berhari raya dan balik ke kampong.Waktu itu keraplah terperangkap dengan traffik jam jalan raya jadi sesak,waktu itu mana ada lebuh raya.Berjam2 dijalan raya baru bolih sampai di kampong,kereta di pandu perlahan2 saja macam kura kura berjalan.Semasa bertugas di Bukit Kayu Hitam, mulai Butterworth hingga ke Nibong Tebal, kereta mula bergerak perlahan2,semasa bertugas di Johor Bahru kesesakan bermula dari Gemencheh hingga ke Seremban dan kemudian masuk ke Selangor terperangkap pula dengan kesesakan selepas Selayang dekat Bukit Kancing,Rawang dan seterusnya sampai ke Ipoh.Pendek cerita jalanraya setiap kali perayaan jalan jadi sesak,berjam2 masa habis dijalanan saja,kalau ada kemalangan lagi teruk.Waktu itu kereta mana ada aircon,panas terik kita yang didalam kereta semacam duduk dalam oven,punya hangatnya.Kita kena bersabar banyak biar lambat asalkan selamat orang putih kata "better late than never".Begitulah hebatnya tarikan untuk berhari raya dikampong.Sudirman kata...."perjalanan jauh tak ku rasa kerana hatiku melonjak sama ingin berjumpa sanak saudara"Sekarang bila sudah bersara dan dah duduk menetap masaalah begini tiada lagi ,duduk dirumah tunggu anak dan cucu balik untuk berkumpul sekeluarga,sebagai orang "tua"di Sabah disebut "beliau".

Tuesday, November 24, 2009

Sembang sembang pesara 1

Secara mudahnya bila sebut saja BERSARA bagi kita orang biasa ini ia memberi makna sudah tidak berkerja dan dari aspek pendapatan pun berkurang.Dua aspek ini mempunyai hubungan yang signifikan, selalu di tanya apabila bersara nanti apa projek,apa busines, tak kurang juga agen2 skim cepat kaya dan syarikat pelaburan berkempen macam mana wang yang ada dapat digandakan.Silap haribulan semuanya hanyut,ingat jika kita diajak melabur perkara asas yang mesti ada dikepala kita don't put money into something that hard to understand.Setiap orang mempunyai interpretasi dan presepsi sendiri terhadap persaraan itu.Bagi yang positif persaraan ini sangat dinantikan. Musim untuk menuai dan dapat durian runtuh,maklumlah setelah bekerja lebih 30 tahun baru dapat tengok duit selambak.Itu pun macam kita yang dipanjangkan umur olih Allah kerana ramai juga antara kawan2 kita yang telah meninggal dunia.Bagi yang berpandangan negitif persaraan ini amat manakutkan nya.Tidak dapat menerima hakikat proses kehidupan yang mesti dilalui olih setiap orang bekerja makan gaji.Yang tidak mahu atau phobia bila disebut tentang persaraan ini ialah pekerja yang terlalu komitted dengan pekerjaannya.Bagi saya persaraan ini harus kita lihat secara positifnya kerana ia satu proses kehidupan yang mesti dilalui olih setiap individu ,tiada terkecuali.Ada orang bersara awal,bersara wajib dan yang sambung pun ada,terpulang lah ikut kemahuan masing2.Setahun sebelum persaraan saya telah pun membuat persediaan dari segi mental,psikologi dan imiginasi yang menyeronokkan diusia persaraan.

Pesara ini biasanya mereka ini ada klik iaitu geng untuk melepak dan bersembang,port nya tentu sekali diwarong2 kopi yang terbuka,duduk bebas kalau di restoran mamak kalau duduk lama2 mula lah muka tauke masam saja sebab lain pelanggan hendak duduk juga.Semua perkara menjadi isu perbincangan nya,politik,ekonomi,sosial ,budaya habis semua diulas macam penganalisa dalam program "Hujah"dalam tv itu,perbincangan tidak lengkap atau tidak ada oum jika tidak diselitkan dengan gossip ,cerita pasal orang tu macam ini dsbnya.Kadang2 sampai lah ketopik mengimbau kembali waktu semasa bertugas dulu,kononnya dia hebat,buat itu buat ini,banyak masaalah dia seorang saja dapat menyelesaikannya,semua kerjanya dapat pujian dari pehak atasan dan memandang rendah pada penggantinya.Pendek cerita macam hero hindustan lah.Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri apa bila bersara nanti tutup buku,jangan cerita pasal kerja lagi"in any race,once you pass the batton,it is up to the next runner to reach the finishing line as best he can".Segala pencapian,kejayaan,kegagalan,,pahit manis dalam tempoh perkhimatan tiada akan diungkit atau meluahkan rasa tidak puas hati dan kesesalan ,barang yang lepas jangan dikenang.Remember that everything you have gone through has brought you where are you now dan saya melahirkan rasa kesyukuran keatas pencapaian dan kedudukan akhir perkhidmatan dan bersara dengan selamatnya.Tiada duri dan onak.
Soalan yang kerap diajukan ialah bila bersara nanti hendak buat apa?Secara bergurau saya jawab banyakkan aktiviti SEX saja aja le.Terkejut dia mendengar jawapan yang spontan itu.Mungkin dalam benaknya berkata"aku tanya dengan serious kesitu pula perginya,kuat sungguh ke orang tua ini"itu lah agaknya bermain difikirannya.Jangan terkejut maksudnya:


S----Sleep maknanya tidor aja le

E----Eat makan aje le kerja nya

X----eXcersice banyakan bersenam

Dalam mengharungi kehidupan seharian saya berpegang kepada I.M.A.N sebagai panduan dalam merancang hala tuju hidup yang akan dilalui dan apa yang harus kita lakukan dalam, memenuhi masa lapang. I.M.A.N :

I------Iman mendekati diri dengan Allah,mempertingkatkan amal dan

ibadah dan ilmu.

M-----Masyarakat,melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan

persatuan,pertubuhan dsbnya.

A------Anak cucu iaitu meluangkan masa untuk bersama mereka.

N------Nostalgia.ingat kembali zaman silam,balik kampong rapatkan

semula salatulrahim,cari kawan2 lama .

Dengan S.E.X dan I.M.A.N kehidupan harian sangat menyeronokan kerana kita bebas bergerak,berehat dan melakukan sesuatu mengikut kehendak yang kita rancang.Semoga setiap hari dan masa yang ada dapat di manafaatkan untuk kebahagian dinia dan akhirat.No one knows there/ll be tomorrow.



Sekian Hms/SSP 1

Monday, November 23, 2009

Kata yang empunya blog..........

Saya bukan lah seorang penulis yang berkebolihan saperti wartawan,novelis,cerpenis jauh sekali seorang sastrawan cuma sekadar hendak menulis sebagai memenuhi masa seorang pesara saperti saya.Tulis dan bercerita mengenai kehidupan yang lampau secara mudah dan berdasarkan ingatan yang maseh terbayang sehingga kini.Kadang2 bila duduk bersendirian itu ,umur pun dah tua teringat masa dulu"hati susah jadi senang ...kenangan jika datang".Tulisan saya "maseh ku ingat..." dan "sembang sembang pesara"semua nya berdasarkan kepada pengalaman yang saya lalui.Selain dari itu saya menulis ini bertujuan untuk mencari kawan2 lama yang sepermainan,sama bersekolah,sama2 berlari dibatas bendang,berkubang dan bermain air lumpur didalam bendang.Mungkin jika kawan2 lama,anak2nya cucunya membaca blog ini diharapkan hubungan dapat dijalan semula.Yang jauh di hampiri......hati kehati,putus tali bolih di sambung.
Sebagai seorang yang baru belajar hendak menulis dan menulis ini sebagai sampingan untuk memenuhi masa saja,saya memohon maaf jika terdapat kesilapan ejaan,penggunaa bahasa dan ungkapan yang tidak tepat."buah cempedak diluar pagar,ambil galah tolok jolokan dah pencen baru hendak menulis salah silap tolong lupakan saja".Dan kepada orang perseorangan yang saya sebutkan namanya adalah semata2 untuk memudahkan lagi pencarian kawan2 lama tersebut,supaya masing2 turut dapat mengimbau peristiwa yang di lalui bersama.Dengan itu ianya lebih dekat dihati.
"Meratap menangis tiada gunanya yang lalu tiada kan kembali"


Sekian terima kaseh.

Tuesday, November 17, 2009

maseh ku ingat


Penduduk kampong Parit 11 ini semua penduduknya mengerjakan bendang yang seronoknya musim menanam dan musim menuai.Ayah ada bendang tapi upahkan kepada orang lain mengerjakannya.Ayah melarang saya membuat kerja2 di bendang tapi cara senyap2 saya pergi juga ikut kawan sebaya bersama bapak dia.Maklumlah masa budak memang seronok main air ,berkubang main lumpur dan menangkap ikan.Waktu itu bendang dikerjakan setahun sekali saja jadi banyak lah ikan,saperti sepat, keli, puyu,haruan dll.Musim menanam padi saya suka hendak ikut kerana menanam ini dikerjakan secara berdarau(gotong royong),semua orang kampong turun,tapi saya tidak pandai,main cucuk2 saja.Penggunaan mesin saperti sekarang belum ada lagi,ianya dilakukan secara tradisional.Saya suka ikut itu semata mata hendak makan pulut inti kelapa yang di bungkus dengan daun pisang dan nasi lemak ikan bilis dengan ikan masin dan minumannya "kopi kodu" kopi pekat hitam cukup dengan manisnya,sekarang kita panggil kopi kaw.Bukan main sedap rasanya,kerana menggunakan beras tumbuk menggunakan lesong pulut dan nasinylemak kerana bubuh santan banyak sebab kelapa sentiasa ada tak payah beli.Sekarang ini nama saja nasi lemak,lemaknya tak seberapa pun.
Yang sodap memasak nasi lomak dan pulut inti iko ialah amei Sinab omak Buyong.Kadang den pai tidor dirumah amei Sinab bersama anak dio Buyong,besok pagi hendak kesekolah.amei akan sediokan nasi lomak bungkus untuk dibawah kesekolah.Lain2 urang tuo yang den terkonang ialah mamak ayah Buyong,mamak ayah Saadah,mamak iko tukang sunat(tok mudin),budak2 takut dengannya.Pak tongah Majid jiran dekat rumah,Tok Melangit ayah Kadir kawan sekolah den.Yang kuat melawak pak Rosol ayah Umar.Amei saadah omak ustaz Kamaruddin guru den belajar mengaji.Banyak lagi semuanya dah meninggal.Balik kampong kini orang tuo semua dah tak ado,kawan sebayo dah keluar merantau yang meninggal pun ado.
Den terkanang yo kampong.........(lagu Oslan Husun)

Sunday, November 15, 2009

maseh ku ingat

Rumah saya di Parit 11 Sg.Tkg. Sidin kawasan bendang padi,sekolah rendah di Sek.Rendah STS jaraknya lebih kurang 3 batu ,pergi sekolah berjalan kaki.Jalan kecil tiada tar atau diturap dengan batu.Bila misum hujan jalan berlumpur,becak dan licin,macam kubang kerbau,sampai kebuku lali dan ada yang sampai kebetis.Bayangkan lah macam mana nak pakai kasut kesekolah.Kasut baru basuh dan di sapu kapur putih.Kasut zaman itu jenis tapak getah dan atasnya dari kain,yang popular waktu itu jenis Fong Keong harga rm 1.50 sahaja dan yang berkemampuan beli brand Badminton Master rm 3.50 .Yang pakai jenis Badminton Master dikira ada klas lah.Maka pergi lah kesekolah kasut dibimbit,berjalanlah dengan kaki ayam pandai2 lah mengelak lumpur,cari rumput,dan lompat2 lah kalau tidak redah aja lumpur itu ,kaki pun beselut.Nasib tak baik lompat punya lompat tergelincir pulak maklumlah licin,habis pakaian berlumpur dan basah inilah peluang untuk ponteng sekolah.Zaman dulu hidup tidak lah mewah,sepasang kasut itulah untuk kesekolah,bersukan dan lain2 aktiviti.Kasut tak sempat hendak kering,tak sampai 3 bulan kasut koyak dan bertukar warna menjadi coklat.Itu lah kisah "terkenang semasa dulu hati ku merasa rindu......"(R.Azmi)

Saturday, November 14, 2009

Pada 1 July 2010 hingga 6 July 2010 saya akan ke Labuan bersama keluarga ziarah anak yang bertugas di sana

Friday, November 13, 2009

Sembang sembang pesara 4
Rata rata kita pesara ini umor pun sudah setengah abad yang pastinya jika yang berkhidmat dengan kerajaan umor untuk bersara wajib ialah 56tahun sekarang dinaikan kepada 58tahun.Maana nya dah tua lah tu,ada yang kata orang lama, veteran,macam2 lah lagi istilah yang digunakan.Ada juga yang buat tafsiran sama ada 56,58, 60 itu sekadar nombor aje,ini semua fikiran2sekadar hendak menyedapkan hati sahaja.begitu lah ego nya kita ini tak mahu menerima hakikat yang kita ini dah tua.Sebenarnya bila umor dah sampai setangah abad ini kekuatan pun mula kurang,yang dulu semua tegang kini mula kendur dan lembik,tulang mula senggal2,duduk lama2 bersila di mesjid contohnya urat mula sakit hendak bangun pun payah bebenor. Itu belum kira lagi yang ada penyakit,kebanyakan yang menjadi pesara ini memang sudah ada penyakit cuma tahapnya, yang diperingk at awal itu maseh bolih dikawal yang kronik ini payah sikit.Kebanyakan kita pesara ini penghidap kencing manis,masaalah jantung dan darah tinggi, depa kata penyakit 3 seranggkai.Itu belum lagi yang kena ghaut,masaalah sakit sendi dan otot,prostat dan sebagainya.Pendek cerita bila dah bersara ini MACAM MACAM ADA..Jadi maksudnya kita sebagai persara ini kena lah ambil tahu tahap kesihatan diri supaya kita bolih merancang bagi penjagaan kesihatan ,pergi jumpa doctor untuk dapatkan rawatan dan makan ubat yang diberi.Insyyaallah penyakit dapat dikawal dan jangkahayat itu panjang lah sikit.
Penjagaan kesihatan amat penting dengan perancangan yang berdisplin serangan penyakit dapat dielakan(preventif) dan yang ada penyakit ianya dapat dikawal(control).Supaya kita dapat menikmati kebebasan dan keseronokan sebagai pesara,bukan sebuah kehidupan yang mengecewakan dan yang membosankan.Maka soal kesihatan ini tidak bolih dipandang remeh dan hendahlah dijadikan agenda utama didalam mengharungi kehidupan seharian. Banyakan bersenam dan jaga pemakanan.Di zaman sekarang ini bersenam tidak semestinya di padang ,di dewan,menjadi ahli sesebuah kelab dsb nya,didalam rumah pun bolih beli saja alat tersebut dikedai,cuma kena keluar duit sikit lah.Contoh Kalau hendah bersenam,beriadah dan bersukan biarlah ikut kemampuan jangan berlebihan.Ingat banyak kejadian orang yang berumor macam kita ini mati semasa bersukan.Ada kawan2 kita,malah bekas pemain bolasepak Negara begitu juga menteri 2 yang meninggal sedang bersukan.Meinggal mengejut setelah tumbang tak sedarkan diri digelanggang badminton,dipadang bola,semasa main golf pun ada walau pun kita sangka main golf ini releks saja,berjogging dan cyling.Ini member i isyarat bahawa setiap yang kita lakukan hendaklah bersederhana dan jangan berlebihan sesuai dengan umur dan kemampuan diri sendiri.
Selain bersenam pemakanan pun perlu dijaga,jangan hentam saja masa muda2 dulu tak apa setakat roti canai 2 keping kuah banjir biasa lah tu.Kalau makan kedai mamak tu bubuh nasi sepinggan penuh ,lauknya kambing kurma,daging ,ayam orang kata makan ikut sedap selera sahaja .Yang kaki makan sea food pula,ketam,udang, sotang menjadi favorite nya makan bukannya sikit pula ,sebut aje restoran sea food yang sedap2 semua dia tahu.Bila kepala selalu pening dan badan mula senggal ,pergi jumpa doctor,waktu itu baru lah terkejut rupanya penyakit darah tinggi ,jantung dan kencing manis sudah hinggap yang kena ghaut pun ada.Maka bagi yang belum kena penyakit atau yang sudah kena maka eloklah kerap jumpa doctor untuk tahu tahap kesihatan diri dan juga jaga pemakanan,orang kata jangan main hentam aja.Semua hendak dimakan ,depa kata tolak “yang menjalar didarat,keretapi,yang bolih terbang di udara kapal terbang,dan yang dilaut kapal laut”.
Bila doktor sudah bagi tahu apa sakitnya, maka ikutlah nasehat dan makan lah ubat yang disyorkan serta patuhi lah aturannya.Dengar baik2 “makan sebiji tiga kali sehari” maksudnya satu pagi,tengahari dan malam jangan ambil fahaman “tiga biji sekali makan”alamatnya panas lah badan nasib tak baik lain pulak jadinya.Selain ubat yang disyorkan olih doctor kadang2 kita hendak makan lain ubat sebagai tambahan yang diharapkan dapat membantu mengurangkan tahap penyakit yang kita hidapi.Zaman sekarang ini macam2 ubat ada dipasaran yang halal ada yang haram pun ada,yang haram itu maksudnya yang tiada kelulusan Kementerian Kesihatan.Maka berhati2 lah bila hendak beli ubat itu,kadang2 harganya mencecah ratusan ringgit juga.Do Re Me kata “beli lah ini ubat yang istemewa silap2 sapu hilang nyawa”.
Sembang sembang pesara 3

RTM--- Rehat Tidur Makan atau Rehat Tunggu Mati ini lah jawapan yang biasa diberi apabila kawan2 bertanya soalan “bersara ni hang buat apa sekarang”.Jawapan secara bergurau ini sebagai petunjuk betapa seronoknya dia kerana maseh ada kawan2 yang mahu berhubung dan bertanya khabar, maklumlah kadang2 pesara ini dia sensitif juga apabila dia terasa kawan2 telah lupa pada nya.Terutama sekali jika kawan rapat nya, yang dulu macam belangkas atau saperti kacang dengan kulit begitulah keakrabannya.Tiba2 bila besara sahaja putus hubungan bagai layang layang putus talinya.Kita pesara ini dapat rasakan seronoknya kalau dapat berbual dengan kawan lama sama ada melalui talipon atau berjumpa tanpa dirancang,samada dikedai kopi,supermarket,pasar malam ,di surau,mesjid,diklas pengajian dsbnya, semua cerita lama pun keluar ,tempat jatuh lagi dikenang.Yang lama itu tetap jadi kenangan dan segar dalam ingatan.You cannot turn the clock back dan air sungai akan terus mengalir lurus dan tidak akan balik kebelakang,begitulah hukum alam ,barang yang lepas tidak akan kembali lagi.Tapi realitinya rehat ,tidur, makan(RTM)sahaja tidak bolih jadi juga,jangan jadi Pak Belalang ini orang tidur sahaja kerjanya,satu kerja pun tidak mahu buat,falsafahnya “ulat dalam batu pun bolih hidup”ini tidak bolih pakai.Orang kata, dengar bolih ikut jangan.Sebagai seorang pesara kita perlu tengok dunia ini dengan fikiran yang positif,kerana banyak cabaran yang kita akan lalui.Perkara utama ialah bagaimana kita mengurus dengan baik , wang ganjaran pencen dan wang pencen yang kita terima setiap bulan dan kita juga harus mengetahui tahap kesihatan diri dan apakah aktiviti yang harus dilakukan bagi memenuhi masa lapang.Mengikut kajian ,jangka hayat penduduk Malaysia ini telah meningkat sehingga umur 70 an tahun,ini bermakna seseorang pesara itu perlu menyiapkan dirinya untuk hidup sekurang2 nya 20tahun lagi dari tarikh pesaraannya,insaallah jika diizin kan tuhan.
Semua pesara samada bekerja dengan kerajaan atau swasta akan mendapat wang ganjaran masing2,bedzanya sikit atau banyak dan bagi yang berkerja dengan kerajaan mereka akan juga menerima wang pencen tiap2 bulan. Wang pencen yang diterima tiap2 bulan itu lebih kurang separuh dari wang gaji terakhir yang diterimanya semasa bertugas dahulu.Bayangkanlah betapa besar perbedzaan nya,kalau difikirkan mengelabah dan jadi gundagulana juga dibuatnya,terutama yang ada banyak tanggungan.Olih itu pesara kena lah merancang perbelanjaan nya dengan berbelanja secara berhemah,pendapat “besar kerak dari nasi” tidak bolih dijadikan ikutan lagi,”ukur baju ikut badan “ yang ini kita pakai.Sebaiknya berpakat suami-isteri dan bentangkan jumlah pendapatan yang diperolihi semasa bersara ini,supaya sama2 dapat berbincang dan merancang perbelanjaan.Berbincang lah dengan fikiran terbuka dengan dada yang lapang,cari lah tempat dan masa yang sesuai.Kalau bolih cari lah tempat yang romantic sebaiknya dirumah.Tapi kalau hendak cari kelainan ,buat direstoran,di coffe house,di Kopi Tiam hatta dibawah pokok pun bolih. Macam juga Menteri Kewangan di parlimen membentang budgetnya tiap2 tahun.Bukan apa,nanti terlupa yang kita ini sudah bersara ,berbelanja besar macam dahulu juga,wang simpanan habis,wang pencen bulanan tidak cukup dan kad kredit pun sudah “over spend”akhirnya di kejar along pula.Yang ini kita berdoa kepada Allah agar disimpangkan.
Kedudukan kewangan setiap pesara tidak sama,ada pesara yang bolih hidup dengan apa yang diperolihi dari wang pencen bulanannya dan ada yang tidak cukup ini bergantong kepada tanggungan nya.Ada pesara yang mempunyai anak2 yang masih berlajar lagi samada di sekolah rendah ,menengah,kolej dan university yang mana perbelanjaan nya tinggi .Berbedza dengan zaman kita berlajar dahulu,selain kos yuran tahunan,sewa rumah ,sara hidup dsbnya,sekarang ini anak2 kita pakai kereta sekurang2nya Perodua Kancil,handphone,laptop,pendek kata keperluan anak2 yang belajar zaman ini cukup mewah. Kemudian macam mana pula hutang rumah,kereta dan lain2 hutang,sudah beres ke atau maseh ada baki,ini semua kena ambil kira dalam merancang perbelanjaan.Nasib baiklah negara kita Malaysia ini aman dan berada dalam kedudukan ekonomi yang baik ,maka banyak peluang perniagaan disediakan begitu juga peluang pekerjaan.Pilihan terletak dibahu pesara itu sendiri samada berehat sahaja makan wang pencen atau melakukan sesuatu untuk menambahkan pendapatannya.Bagi pendatang asing mereka anggap Malaysia ini “gold mine”,jadi berduyun2 lah mereka datang kenegara kita sama ada secara sah atau haram untuk mencari pekerjaan tidak kiralah kerja apa ,ada juga yang ambil kesempatan berniaga tanpa lessen.Maknanya kita pesara, sebagai raayat tempatan pun bolih melakukan perkara yang sama,hendak bekerja pun bolih atau berniaga.Memasuki bidang pernigaan pun kena fikir dan berhati2 jangan nanti wang yang ada lesap pula “berniaga buluh kasap’namanya.Banyak juga kita dengar kawan2 yang berjaya dalam bidang pernigaan nya sama ada yang berniga secara kecilan atau yang bermodal besar,ianya terpulanglah kepada minat dan kemahiran nya.Yang nampak mudah buka gerai makan modal tak banyak ,makan terus bayar tidak ada yang hutang,”cash”makan dan bayar.Pernigaan “direct selling”pun mudah ,modal permulaannya rendah ,ada yang kata modalnya “ayor lior je”.Hendak yang besar buka perniagaan trading,kedai alat tulis hatta jadi kontraktor pun bolih.
Jadi seorang pesara iyu kenalah mengurus hal2 kewangannya dengan berhemah, berhati2 dan berbelanja dengan bijak.Supaya kehidupan semasa pesaraan ini tidak dibebankan dengan masaalah kewangan,kita mesti “MAINTAIN” cara dan gaya hidup semasa memegang jawatan dahulu.Ingat pepatah melayu ini “ku sangka panas hingga kepetang rupanya hujan ditengahhari”
Sembang sembang pesara
Biasa lah apabila seseorang kakitangan sesuatu jabatan itu tiba masanya untuk bersara maka bakal2 pesara ini akan diraikan dalam majlis pesaraan yang dianjurkan olih kakitangan jabatannya.Semacam satu adat pula sebagai majlis yang dikatakan untuk mengenang budi.Adat yang tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan,amalan yang berterusan dan tiada siapa berani menyanggahnya.Bermacam2 program diatur dan dilakukan secara besar besaran,kecil atau sederhana.Ia bergantung kepada kedudukan sesorang pesara itu.Kalau tinggi pangkatnya maka besarlah sambutannya dibuat dihotel lima bintang dengan hiburan yang hebat sekali.Kadang2 yang berpangkat bawah ini sambutan nya tidaklah hebat dan dibuat didewan biasa sahaja atau di pejabat,itu pun kadang2 sekadar hi tea sahaja.Semacam ada unsur2 diskriminasi pula yang mana perkara begini sering menimbulkan rasa tidak puas hati dipehak kakitangan bawahan.Maka timbul lah isu boikot memboikot dan menyebabkan majlis yang dirancang kurang mendapat sambutan.
Majlis meraikan pesaraan ini bagi bakal pesara ia merupakan detik2 yang mendebarkan dan penuh beremosi kerana dari tarikh ini ia akan kehilangan authority dan tidak diperlukan lagi hadhir ketempat kerja nya.Orang kampong kata “sain nya tak laku dah”.Dalam majlis ini bakal pesara adalah tetamu terhurmat duduk pun di meja VVIP satu meja dengan ketua jabatan dan pegawai tinggi lain.Bagi sesetengah pesara, ini lah agaknya pertama kali dia dapat pelung duduk semeja dengan pengarah nya.Maklum sahaja lah bagaimana perasaan nya,duduk tak kena,makan tak kenyang dan nak sembang tak tahu pulak apa hendak disembangkan,sudahnya duduk diam dan tunggu peluang hendak cabut sahaja.Pendek cerita dalam majlis ini dia menjadi focus dan di beri layanan istimewa macam raja sehari semasa menjadi penggantin dulu.Sambil menjamu selera hadirin akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian serta diiringi olih“live band”,bagi menghidupkan susana malam itu,supaya tidak nampak muram dan sedih serta memilukan.Selesai makan dan persembahan hiburan diberhentikan,maka sampai lah keacara sebenarnya ia itu ucapan olih ketua jabatan dan pesara itu sendiri serta penyampaian cederahati.Ketua jabatan akan memberi ucapan,sudah tentu ucapannya ditujukan kepada bakal pesara,faham sahaja lah ucapannya sudah tentu yang elok dan cantik belaka ,pujian yang menggunung setinggi gunung Kinabalu Balu layaknya,tiada cacat celanya,tiada yang pahit semua yang manis2 belaka,tapi masa bekerja dahulu tuhan sahaja yang tahu, hendak dapatkan prestasi cemerlang pun susah. Adat dunia
Apabila tiba giliran bakal persara untuk berucap para hadirin memberi tepukan gemuruh untuknya kerana masing2 hendak dengar ceritanya pulak.Dalam ucapannya bakal pesara akan mengimbau zaman silamnya,pahit manis yang dilalui sepanjang kariernya berkhidmat hampir 30 tahun dan lebih.Tempat jatuh lagi dikenang.Ada juga peluang ini digunakan olih setengah2 pesara untuk untuk menghentam jabatan dan ketua jabatannya apa jua yang terbuku dikalbunya selama ini dengan cara ini puas hati nya.Release tension yang selama ini yang menggangu fikirannya,satu kepuasan yang maksima baginya.Perlu diingat kalau banyak sangat bercakap di atas pentas itu nanti hadirin akan buat penilaian,silap2 terkena muka sendiri balik.Maklumlah kalau bercakap itu asik menyalahkan jabatan dan ketua jabatan sahaja,sampaikan perkara kecil pun diperbesarkan,orang akan mula komen yang dia itu kelentong yang lebih,banyak tidak betul dari yang betul.Orang tua2 zaman dahulu pernah berpesan,semakin banyak kita berbicara tentang kehebatan diri sendiri,maka semakin banyak pula kemungkinan untuk kita berbohong.Tetapi tidak banyak yang bersikap begitu,jangan rosakkan majlis,biarlah majlis persaraan ini berjalan dengan penuh harmoni ,istemewa dan untuk dikenang selama2 nya.Bila ucapannya belum juga selesai lagi para hadirin mula gelisah serta merunggut “dah nak pencen tu sudah lah,kami dah lapar ni makanan pun dah sejuk”Bila selesai beri ucapan bakal pesara pun turun dari pentas,dalam hati sesetengah tetamu yang sekian lama menanti untuk naik pangkat berkata “selamat bersara,kosongkan lah tempat tu kami nak naik pangkat juga”.Bayangkan lah jika satu jawatan diatas itu kosong kesannya sampai kebawah,jadi adalah peluang bagi orang menunggu sahaja selama ini.Begitu lah kelangsongannya majlis persaraan itu yang berlaku begitu cepat.Selesai majlis, pesara dan isteri beredar keluar dari dewan dan bersalaman dengan semua kakitanggan yang hadir dalam majlis malam itu.Dalam perjalanan pulang bermacam2 yang difikirnya untuk meneruskan perjalanan hidup selanjutnya dialam persaraan.Yang pastinya hidup sudah bebas dari sangkar dan kongkongan ,your daily schedule no needs to run on office time.You can have lunch at three o’clock if you feel like it.
Bagi saya dari awal2 lagi telah mengingatkan pehak pengurusan supaya program untuk meraikan persaraan saya hendaklah biasa sahaja dan mahu kan kelainan.Tiada jamuan dihotel memadai diadakan didewan besar pejabat dan waktu berkerja,ambil masa sikit dalam 3 jam begitu.Acaranya bacaan doa kesyukuran,ucapan dan jamuan.Pada saya majlis yang dibuat secara berlebihan ini tiada apa signifikannya selain untuk menambahkan lagi kesayuan dan kesedihan.Nanti adalah yang menitiskan air mata apatah lagi pesara itu sendiri.Biarlah ianya berlalu begitu sahaja ,yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti.Sekian.
HMS 07/SPP/2.
Insyaallah, saya dan keluarga akan ke HO Chin Minh, Vietnam pada 04 Feb 2010 hingga 07 Feb 2010..