Saturday, April 17, 2010

Maseh Ku Ingat


Kampung Parit 11 ini selain tiada bekalan air paip,api letrik pun tiada waktu itu,semenjak lahir sehingga lah dah keluar universiti tahun 1974,api letrik belum ada lagi.Saya masih ingat lagi waktu malam sahaja semua rumah bergelap,cuma yang ada lampu minyak tanah,bayangkan lah setakat mana saja lah yang bolih diterangi nya.Seluruh kampong bergelap,hiburan saperti radio,tv tiada ,maka jam 9.00mlm semua pakat tidur.Kadang2 waktu malam bapak pergi kesurau lepas sembahyang isya baru balik,saya dengan kakak dan emak dirumah ,maklumlah masa budak lagi ,rasa kesunyian dan takut pun ada.Tambahan pula dengan bunyi unggas,saperti cengkerik,katak bersautan,burung hantu pula berbunyi atas pokok manggis berhampiran rumah ,ini semua menanbahkan seram lagi.Kami semua tiga beranak duduk dalam kelambu diam2 sepatah pun tak bercakap,mata tak mahu tidur sebab awal lagi.Bila terdengar saja bunyi ayah membasuh kaki di tangga rumah atau kebiasaan ayah buat batuk2 sikit sebagai isyarat dia dah balik,saya dan kakak lega rasanya mata mula celik.Saya sambut ayah dipintu,kakak dan emak menyiapkan hidangan untuk makan malam.Masih saya dapat bayangkan ,kami duduk bersila, emak dan kakak hidangkan nasi ,lauk, siap dengan air basoh tanggan nya didalam talam dan makan bersama, sungguh tertib sekali.Itu masa saya maseh bersekolah rendah lagi.



Apabila umur saya sudah meningkat belasan tahun ,dan masuk sekolah menenggah iaitu Sekolah Menenggah Kebangsaan Telok Anson,ayah mula memberi perhatian tentang pelajaran,ayah selalu menekankan penting nya pelajaran matlamatnya satu sahaja ,supaya dapat makan gaji,waktu itu menjadi seorang guru atau kerani pun sudah mengcukupi.Satu pesanan ayah yang sehingga sekarang saya pegang dan saya pesankan juga kepada anak saya.Kata nya"yong,walau pun awak ko nampak lawa ,cantik,segak tetapi kalau endok lai beduit,siapo pun endok pedulikan awak do".Ayah rupanya berpandangan jauh,dengan pelajaran kita dapat meningkatkan dan mengubah kehidupan kita.Bagi mempastikan saya dapat mengulangkaji dan membuat kerja2 sekolah waktu malam dirumah,ayah telah berusaha membeli lampu gasline.Lampu gasline ini menggunakan minyak tanah,dan digantung tengah rumah,cahayanya terang sehingga anjung rumah yang luas pun dapat cahayanya.Ayah yang pasangkan lampu tersebut.Kadang dekat hendak subuh pun ayah pasangkan juga konon supaya saya bolih belajar waktu pagi.Tak lama kemudian saya sendiri yang pasang lampu gasline itu,ayah mula percaya saya bolih lakukannya.Selepas itu untuk hari2 seterusnya ianya menjadi tugas yang saya mesti lakukan tiap petang sebelum magrib.Apabila ada ketikanya lampu gasline rosak,ayah bekalkan lilin untuk membaca buku,lilin ini lebih terang dari pelita.

Selain kegelapan waktu malam,maka dengan tiadanya bekalan litrik ini segala kemudahan zaman moden ini tidak dapat dinikmati . Waktu tengahari punyalah panas bila bekalan litrik tiada,kipas angin tiada lah,aircon apatah lagi,peti ais tiada,hendak gosok baju sekolah gunakan strika arang,hendak menonton tv pun tak dapat.Pendek cerita tanpa litrik semua cara hidup moden tidak dapat dirasai.Yang anehnya setiap kali musim pilihanraya,wakil raayat ini setiap kali berkempen tidak putus2 berjanji untuk hendak bina jalan bertar,bekalan air dan litrik tetapi sehingga lah awal tahun 1970an satu apa pun tak nampak.Tetapi diawal tahun 1990an baharulah semuanya ada,dan kehidupan orang di kampong ini nampak ceria.

Baru2 ini saya balik kekampong,yang tinggal tanah tapak rumah,kolam air(kolah)tadahan air hujan yang dibuat dari semen konkret yang masih kukuh.Bila musim hujan kolah ini penuh,kalau malas hendak ketelaga gunakan air ini untuk mandi,berwuduk ,basuh kain dsbnya.Sayu hati ini...teringat saya lagu "terkenang masa nan lalu mengalir siair mata....."