Wednesday, November 9, 2011

Gambar diatas diabadikan pada tahun 1954...ambil mempelam ditengah malam ,semut kerengga penuh merata ,inilah gambar sejarah dalam kenangan yang menjadi sebutan untuk dicerita.Gambar beramai2 pemimpin tertinggi pekan Sungai Tukang Sidin,selepas program dimesjid bersama tetamunya Ustaz Hamidon seorang guru ugama dan mempunyai kedai membuat songkok yang terletak di Padang Temberang ,Telok Anson.Padang Temberang ini terletak tidak jauh dari jam tinggi,dimana kedai bangunan MARA sekarang ini,dulu merupakan kawasan lapang yang dikelilingi pokok besar dan rendang dan terdapat beberapa buah kedai kecil,termasuklah kedai me rebus Mastan Ghani.Dibawah pokok ini terdapat ramai penjual ubat tradisi dengan bermacam2 gelagat dengan pertunjukan silap matanya,terdapat juga penjual kain dan pinggan mangkok, "lambong tak pocah ,jatuh berdorai".Nama Padang Temberang agaknya berasal dari gelagat mereka ini ,genarasi baru tidak mengetahui adanya tempat ini,yang dulunya jadi tumpuan masyarakat melayu
Dalam gambar ini bapa saya yang berdiri dibarisan tengah kiri sekali yang berkaca mata.Gambar2 pemimpin yang maseh saya ingat yang duduk dibarisan hadapan antaranya tok sidang Ahmah Nordin ketua kampong Pt11,tok sidang Manan ketua kampong pekan Sungai Tukang Sidin,tok sidang Ramli ketua kampong Pt 12,mereka ini merupakan pemimpin yang banyak berjasa kepada penduduk kawasan masing2,dari segi memajukan kampong,mengujudkan perpaduan dan kerjasama dalam masyarakat yang berbagai etenik,bahasa dan budaya,saperti etenik kampar,banjar,jawa ,mendailing dsbnya.Juga dalam mempertingkat dan menggalakan pembelajaran kepada anak2 waktu itu.Selain pemimpin tersebut dalam gambar diatas terdapat juga beberapa orang perseorangan yang banyak memberi sumbangan kepada kemajuan kampong ini ,mereka terdiri dari peniaga kedai runcit antarnya bapa saya sendiri,pak cik Rasul,tauke Ismail (mail),pak Hamzah,dan pak Zainal.Dalam gambar ini terdapat juga imam Dahlan dari Pt 11(pakeh Dahlan),cekgu Ismail tukang kayu,pak Saad ayam peniaga ayam,pak Shaari,pak Saad misai tebal,pak Tokoh,ustaz Ismail pakai seban duduk barisan hadapan.Itu lah antara orang tua2 yang saya dapat kenal pasti,semuanya mereka telah pun meninggal dunia.Lain2 yang pada waktu itu maseh kanak2 turut bergambar ialah Sahak (anak tauke Ismail),Mamat(anak taukeh Ismail).
Semua ini tinggal kenangan dan sejarah .Jasa mereka tidak harus dilupakan,yang hilang tumbuh berganti.