Friday, December 25, 2009

Sembang sembang pesara 5

Kebanyakan orang yang bekerja ini bila bersara baharu lah dapat duduk dirumah sendiri.Dulu semasa bekerja rumah itu disewakan atau di biarkan kosong sahaja.Tak di sewakan mana mencari duit untuk membayar hutang bank atau pinjaman kerajaan.Hutang ini setiap bulan dah siap dipotong melalui slip gaji.Dengan disewakan beban hutang itu ringan lah sikit.Kalau dapat penyewa yang berdisplin bayaran sewa nya bulanannya pun "on time,rumah pun bersih dan dijaga dengan baiknya.Yang ini tidak lah memeningkan kepala.Yang bermasaalah ini dia buat pekak badak aja,setiap kali minta wang sewa ada saja alasan nya,kadang2 kita pergi kerumah batang hidung pun tak nampak,yang teruknya lari malam pun ada.Kalau dibiarkan kosong rumah lagi rosak kerana tiada penjagaan.Ini lah delima nya hendak disewakan atau di biarkan kosong sahaja.Pepatah kata ditelan takut tercekik diluah berkeronconglah perut.






Biala sudah bersara ini terasa bebas,fikiran lapang,tiada kongkongan buatlah ikut selera sendiri dan ditambah pula dapat duduk di rumah sendiri yang dibeli atas usaha sendiri.Jadikan "rumah itu syorgaku",maka isilah masa lapang dengan menjaga kebersihan dan menghias dalam dan luar rumah.Masa bekerja dulu duduk di kuarters yang disediakan olih kerajaan tidak banyak bolih dilakukan.Dan sekarang ini kira nya dah menetap tiada pindah2 lagi.Masa bekerja dulu saya telah bertukar di lapan buah negeri dalam Malaysia ini,kesempadan utara,bahagian tengah,sempadan selatan,ke pulau hatta hingga lahlah ke Malaysia Timur dalam pada itu empat belas kali pindah rumah.Nasib lah semua perbelanjaan ditanggong olih kerajaan.Pepatah kata tujuh kali pindah bukannya papa sepatutnya jadi kaya,kaya dengan harta tanah,tambah cawangan pun bolih,tapi yang pasti saya kaya dengan sahabat dan kawan.Ada baik nya juga bertukar dibanyak tempat ini ,banyak berjalan luas pandangan dan banyak pengalaman.Tidaklah macam katak dibawah tempurong.




Hidup ini macam pusingan roda,sekarang ini kita jadi "orang tua"bila musim perayaan saperti hari raya anak2 berserta keluarga akan balik berhari raya dirumah kita.Cucu2 hendak berhari raya dirumah atuk.Zaman dulu kita kata hendak berhari raya di kampong.Maknanya balik kampong berhari raya dirumah emak bapak,ini betul2 punya kampong,datuk nenek,emak bapak dan adik beradik emak bapak,saudara mara jauh dan dekat semuanya tinggal sekampong yang sama atau berdekatan.Baru lah suasana berhari raya meriah,hubungan antara sesama saudara waktu itu akrab dan kunjung mengunjung. Anak dan cucu kita ini tidak tahu dimana kampongnya dengan saudaranya pun tak mesra dan tak kenal pun.Jadi istilah balik kampong ini dah tak kena untuk di pakai.Maklum lah masa kita bertugas dulu bapak nya pun sama ikut kita berpindah juga.Akhirnya dimana kita pencen disitulah kita menetap.Ini dikatakan 1 Malaysia,ada yang lahir dan kampong asalnya di Sungai Manik tetapi menetap di Kinabatangan Sabah.Maka tinggallah kampong asalnya tiada berpenghuni ,penduduk pun kurang ,bendang terbiar,rumah pusaka reput begitu sahaja dan kegemilangan zaman silam hanya tinggal kenangan sahaja.

Teringat saya semasa tiba musim perayaan masing2 sebuk hendak berhari raya dan balik ke kampong.Waktu itu keraplah terperangkap dengan traffik jam jalan raya jadi sesak,waktu itu mana ada lebuh raya.Berjam2 dijalan raya baru bolih sampai di kampong,kereta di pandu perlahan2 saja macam kura kura berjalan.Semasa bertugas di Bukit Kayu Hitam, mulai Butterworth hingga ke Nibong Tebal, kereta mula bergerak perlahan2,semasa bertugas di Johor Bahru kesesakan bermula dari Gemencheh hingga ke Seremban dan kemudian masuk ke Selangor terperangkap pula dengan kesesakan selepas Selayang dekat Bukit Kancing,Rawang dan seterusnya sampai ke Ipoh.Pendek cerita jalanraya setiap kali perayaan jalan jadi sesak,berjam2 masa habis dijalanan saja,kalau ada kemalangan lagi teruk.Waktu itu kereta mana ada aircon,panas terik kita yang didalam kereta semacam duduk dalam oven,punya hangatnya.Kita kena bersabar banyak biar lambat asalkan selamat orang putih kata "better late than never".Begitulah hebatnya tarikan untuk berhari raya dikampong.Sudirman kata...."perjalanan jauh tak ku rasa kerana hatiku melonjak sama ingin berjumpa sanak saudara"Sekarang bila sudah bersara dan dah duduk menetap masaalah begini tiada lagi ,duduk dirumah tunggu anak dan cucu balik untuk berkumpul sekeluarga,sebagai orang "tua"di Sabah disebut "beliau".