Wednesday, October 3, 2012


Maseh Ku Ingat.

Bekunjong ke Acheh ...jolokan serambi Mekkah.



Saya bersama isteri dan seorang  kawan Hj.Mat Isa serta isteri berkunjong ke negeri Acheh pada 24 Sept hingga 26 Sept 2012 selama 3hari 2malam,,menaiki pesawat AirAsia  dari Lcct.Perjalanan mengambil masa 1jam 20 minit.Di lapangan terbang banda Acheh kami disambut olih pak Faizal dari syarikat perlancongan PT.ATRABU TOUR & TRAVEL.,dengan menaiki kenderaan Inova kami dibawah pusing banda Acheh,tempat lawatan ialah kawasan bekas dan kesan bencana tsunami.
                                        disini lah di kuburkan hampir 54,000 mayat bencana tsunami di semadikan..

Kuburan ini terletak di tepi jalan dari lapangan terbang ke Banda Acheh,dan kami singgah sebentar di tempat ini untuk bergambar.Kami kemudian dibawa kesebuah restoran masakan Acheh.

                                           makan tengah hari .masakan Acheh.
Hidangan istemewa di restoran ini ialah gulai ikan keli masak pedas dan ayam "tangkap"goreng.Masakan nya pun sedap jugak,makan di Banda Acheh ini tidak meragukan kerana restorannya dimiliki 100% olih orang islam.Perjalanan diteruskan ke kawasan bencana tsunami,ia itu di kampong2 persisiran pantai Lhok Nga mengadap laut luas,,kawasan ini terok dilanda tsunami.


                         
                                          pantai yg telah dibina semula tempat rekrasi.

Sepanjang perjalanan kami telah dapat melihat dan bagaimana dahsyatnya tsunami melanda,kampong,rumah pokok habis lenyap saperti padang jarak padang jarak padang terkukur.Dianggarkan korban tsunami ini mencecah 300,000 orang yang terkorban.Semua ini menginsafkan kita betapa besarnya kekuasaan Allah,dan ianya berlaku dengan kehendaknya.


tiang2 jambatan yg masih tinggal.
kapal yang terdampar ditengah kampong dibawa air dari laut.
gambaran tingginya ombak waktu tsunami'
mesjid dilanda tsunami.
kapal nelayan atas rumah dipukul ombak.

Kami juga ambil kesempatan melawat mesjid2 yang rosak dilanda tsunami,kebanyakannya telah pulih sepenuhnya atas bantuan negara luar termasuk Malaysia,begitu juga rumah2 telah dibina semula dan penduduk kembali semula kekampongnya untuk meneruskan hidupnya sehariannya.Kami juga berpeluang singgah di kedai kopi,yang menghidangkan kopi yang termasyur di Acheh,setiap orang yang berkunjong ke Acheh mesti singgah disini dulu,untuk menekmati kopi dan kueh muehnya.



Di Banda Acheh juga banyak restoran nasi padang,malam nya kami makan nasi padang,kami juga berkesempatan makan mee rebus dan mee goreng udang atau ketam di restoran Razali,rasanya macam masakan mee ditempat kita.Disuatu petang kami pula makan roti canai restoran Mamak,pemiliknya orang tempatan Acheh,pemiliknya dulu pernah berkerja di restoran mamak di Malaysia .Pelabagai roti canai ada disini,rasanya sedap begitu juga kari ayamnya.


Waktu subuhnya kami ambil peluang sholat subuh,hari pertama dimesjid Baiturahman  dan hari kedua di mesjid tentera,kedua2nya tidak jauh dari hotel pengginapan kami Sulthan Hotel.Lawatan ini amat mengesankan,terutama apabila melihat video dan gambar2 waktu tsunami melanda Banda Acheh semasa melawat mesuem tsunami,begitu juga apabila kami kerumah panti asuhan anak2 yatim yang kehilangan ibu bapa dan seisi keluarganya,sedih dan sayu melihat mereka yang kehilangan orang yang disayang.
Kami amat berpuas hati dengan lawatan ini,terima kasih kepada bapak Faizal yang amat berinformatif dan dapat memenuhi hasrat kami.