Wednesday, May 16, 2012

Maseh Ku Ingat

 PALEMBANG.
     .                              
menaiki pesawat airasia
.


                                          menyusuri Sg.Musi.

    dataran Sg.Musi waktu malam.
kedai makan atas boat,


                                       

                             





Pada 4 May 2012 baru2 ini umor saya meningkat memasuki 61 tahun,terima kaseh di rakamkan kepada anak2,saudara mara dan kawan2 yang memberikan ucapan hari lahir serta mendoakan kesejahteraan saya dan keluarga.Saya juga berdoa kepada Allah semoga dipanjangkan umor,diberi kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki dan dipermudahkan didalam beribadah.Keesokan nya pada 5 May 2012 saya berangkat ke Palembang,melancong sebagai hadiah hari lahir dari, isteri selama empat hari tiga malam.Kami menaiki pesawat Airasia tambang murah"everyone can fly".Sejak dizaman sekolah menengah lagi nama Palembang ini sudah dikenali ianya termasok didalam pelajaran sejarah disekolah2,nama Palembang juga meniti dibibir pemuda angkatan pop yeah-yeah 60an ,apabila lagu A.Ramlee --oh Fatimah gadis dari Palembang menjadi top hit untuk beberapa bulan.Sekarang baru lah saya berpeluang untuk melihat kota Palembang dan melihat dengan mata sendiri kesan2 sejarahnya.Palembang merupakan bandar kedua terbesar di Sumatera yang terletak di selatan Sumatera.Bandar tertua bersejarah dan pusat perdagangan laut  yang terletak di sungai Musi.Kota bersejarah Palembang ini dikaitkan dengan sejarah kerajaan melayu Srivijaya yang kuat di semenanjung asia tenggara pada tahun 682 masehi,dan tempat asal Parameswara sultan Melaka yang pertama.Ditahun 2005 bapak President Indonesia telah mengishtiarkan Palembang sebagai "city of water tour",kerana acara2 di sungai Musi merupakan tarikan kepada pelancong ke Palembang,orang barat menyifatkan nya "Venice of East".Dan pada Nov 2011 Palembang menjadi tuan rumah bersama Jakarta bagi pesta sukan Asia Tenggara ke 26.

bergambar bersama pak Assan.


Rombongan ini disertai olih lima keluarga terdiri dari suami-isteri,saya,Tn.Hj.Mathy,Tn.Hj.Isa,Tn.Hj.Sharir dan Tn.Hj.Syed Azlan.Penerbangan ke Palembang dari LCCT mengambil masa satu jam lima belas minit dan mendarat di LTA Sultan Mahmud Badaruddin 11.Di lapangan terbang kami disambut olih bapak Hassan,bapak Harris dan ibu Winddy bersama dua buah kereta,mereka lah yang menjadi pemandu pelancong kami selama berada disana.Syukur lah olih kerana saya telah mengenali mereka sejak awal sebelum keberangkatan kesana lagi dan sering berhubung melalui facebook,maka segala2 nya telah diatur dengan sempurna nya,malahan kami semacam satu keluarga.

para isteri yg turut serta.


Palembang sebuah kota yang besar saperti lain2 kota di Indonesia,kota nya sesak dengan manusia,kereta, motosikal bersimpang siul ,lampu trafik pun kurang tetapi selama beberapa hari disana tidak pulak nampak berlaku nya pelanggaran atau aksiden.Dari lapangan terbang kami dibawa terus ke hotel penginapan Swarna Dwipa Hotel yang tiga bintang,hotel ini agak selesa juga,lobby nya luas,begitu juga dewan makan nya,ada kolam renang dan bilik nya pun besar serta lengkap dengan segala keperluan harian.Kami check in ,setelah berehat dan minum-- "welcome drink",kami dibawa untuk makan tengahari di restoran Sriwijaya nasi padang.Masing2 makan dengan penuh berseleranya,maklumlah ,setiap kali pelancong ke Indonesia,nasi padang mesti tidak tinggal.Selesai makan kami dibawa melihat kota Palembang.
pasar jualan sesak.

parking berlapis.

santai berhampiran stadium sukan SEA.

Selama tiga hari disana kami dibawa ke beberapa tempat yang menarik dan bersejarah,sebelah malam nya kami dibawa ke tebing sungai Musi yang berlatar belakangkan jambatan Ampera,sebuah jambatan bersejarah dibina atas biaya pampasan perang Jepun.Ampera singkatan kepada "Amanat Penderitaan Raayat",pembinaan nya di ilhamkan olih Presiden Sukarno,yang mahu kan jambatan ini setara dengan London Bridge.Disekitar tebing Sungai Musi ini yang berlatarbelakang kan jambatan ini,diwaktu malam semacam pesta punya ramainya manusia dengan pelbagai aktiviti perniagaan,gerai2 makan,jualan pelbagai barang dan terdapat juga tempat2 makan dalam bot.Olih kerana malam kami tidak berani hendak mencubo menaiki bot tersebut,,hanya keesokan hari nya kami sewa seboah bot untuk menyusuri Sungai Musi yang panjang itu.


bergmbar ramai.





Kami juga sempat untuk melawat tempat2 bersejarah antaranya Benteng Kuto Besak (benteng kota besar) merupakan bangunan keraton kesultanan Palembang dan meseum Sultan Mahmud Badaruddin 11,yang kedua2 nya menghadap Sungai Musi.Semasa menyusuri Sungai Musi dengan bot,kami juga singgah di pulau lagenda Kemoro yang juga ada ceritanya.Juga kami melawat ke Bukit Siguntang,bukit yang banyak dihikayatkan didalam Hikayat Melayu ,yang dikaitan dengan Wan Empok Dan Wan Malini.Selain lawatan kami juga dapat menikmati makanan tempatan yang menyelerakan saperti nasi padang,ikan baung masak pindang tempoyak dan nasik uduk.Yang istemewa sekali di hidangkan dengan makanan khusus Palembang iaitu Pempek,yang diperbuat dari ikan segar dan tepong sagu.
pempek hidangan tempatan.

minum pagi dihotel.

breakfast di hotel.
Kami juga berkesempatan melawat beberapa kesan sejarah,saperti Bukit Seguntang,di muzium kami diberi penerangan yang serba sedikit sejarah kerajaan hindu Palembang.


Bukit Seguntang.

muzium


Penjaga muzium memberi penerangan.


Kami juga dibawa menyusuri Sungai Musi dan singgah di pulau lagenda Kemaro ,pulau ini dikaitkan dengan cerita lama iaitu percintaan antara gadis Palembang dengan anak raja dari negeri Cina.Gadis Palembang yang cantik dan menawan ini bernama Fatimah..A.Ramlee dalam lagunya yang popular itu .oh Fatimah gadis ayu dari Palembang.

bapak ini menjaga kebersihan disini.

sejarah Siti Fatimah.

rumah2 ditebing sungai Musi
jambatan Ampera.

atas boat.
Pemandu pelancung kami Pak Assan,seorang yang mesra dan mudah berbicara begitu jugak keluarganya dan kami dibawa kerumahnya dan dijamu dengan minuman petang.

jamuan petang dirumah pak Assan

tak dapat main ambil gambar pun jadi lah.

santai di taman
tekun mendengar penerangan.

sama2 tinggal di meru.

yg tinggi tu anak pak Assan

Palembang pun ada Wong Solo.

makan malam disini.
Gambar2''''

Dataran Ampera waktu malam

jambatan waktu malam.

Add caption
















dilobby hotel.

hidangan rumah pak Assan

Add caption

sexaphone lama.

ibu2 bersama anak gadis pak Assan

lapangan golf palembang.



tak tahu buah apa ini.
























































































































































































































































Thursday, May 10, 2012

Maseh Ku Ingat



Orang tua2 dikampong saya panggil ini parit buang...lain2 tempat sebut taliair,saliran dan parit,dan macam2 sebutan.Parit buang ini fungsinya untuk menyalurkan air kesawah dimusim menajak dan menanam ,musim menuai air dibuang dan sawah jadi kering dan parit pun turut kering.Selain dari itu parit buang ini berguna dalam kehidupan seharian penduduk,maklumlah waktu itu mana ada air paip dan tandas saperti sekarang.Tetapi air parit ini tidak lah sesuai digunakan untuk membasuh pakaian,sebagai air minum,untuk memasak dan mandi,sebab air nya berwarna coklat dan tidak bersih.Bukan apa,kerana terdapat rumah2 yang berhampiran dengan parit ini membina tandasnya disitu,begitu juga waktu malam ada penduduk yang mencangkong berselimut atas titi untuk membuang air besar.Itu sebab agaknya ikan2 nya sehat2 saja,ikan keli,ikan haruan,ikan puyu dan ikan sepatnya besar2.Lagi pun dulu bendang dikerjakan setahun sekali maka sempatlah ikan tu membesar tidak saperti sekarang ,kecil2 tidak sempat hendak membesar air parit pun kering.Dan penggunaa racun dibendang2 juga faktor banyak ikan mati,jadi sekarang ikan tidak lah sebesar dan sebanyak dulu.
Parit buang ini juga punca rezeki bagi orang kampong, menangkap ikan untuk dijadikan lauk setiap hari disamping untuk dijual sebagai punca pendapatannya.Ikan nya besar2,ikan haruan,ikan keli,ikan sepat,ikan puyu,ini lah jenis2 ikan yang biasa terdapat di parit buang ini.Orang kampong waktu itu mana ada makan ikan laut,selain harga nya mahal,hendak mendapatkan nya kena pergi pekan pulak,pekan tu jauh ,semasa itu mana ada motosikal macam sekarang ini.Tapi di parit buang ini spesis ikan sungai tidak ada,saperti udang,ikan toman,ikan bawong,ikan tapah dan sebagainya.Hasil jualan ikan ini setakat bolih menampong kehidupan harian sehingga sampai musim menuai padi.Cara menangkap ikan ini ,dengan memasang taut,taut ini macam memancing juga,cuma taut ini dimata kailnya dibubuh umpan katak dan batang pancingnya di pacak kan di tebing parit dan di tinggalkan semalaman,pagi esoknya baharu tengok,mengena atau tidak.Banyak taut yang dipasang maka kebarangkalian untuk mendapat ikan itu adalah lebih.Selain menaut ada juga menangkap ikan secara memancing,mengunjun menggunaklan galah yang panjang,pasang pukat atau bubu yang diperbuat dari buluh,menjala dan macam2 lagi, hidup dikampong mesti kreatif baru bolih hidup.
Musim kering parit buang,takongan air disawah dan anak2 saliran air disawah semua menjadi kering,waktu ini lah orang kampong turun beramai2 menangkap ikan.Ikan ditangkap dengan tangan iaitu dipanggil menggagau atau mengocer dan pakai tanggok,ikan tidak bolih lari kemana2 sebab air dah kering.Satu lagi kaedah untuk mengeringkan parit yang masih banyak air kita panggil menimba.Caranya dengan membuat empangan hingga parit itu membentuk kolam dan air ditimba keluar hingga kering,maka mudah lah menangkap ikan2 tersebut.Menangkap ikan dengan tangan didalam lumpur yang berair dan menyelok lubang2 tempat ikan bersembunyi,waktu itu sedikit pun tidak terfikir mungkin ada ular didalam nya.Terdapat juga kejadian dimana kadang2 selok punya selok,terselok ular,ular ini tidak bisa,hidup didalam air memakan ikan.Ikan keli jika tidak pandai cara menangkap nya,kalau kena durinya ,cukup bisa tanggan bolih jadi bengkak dan sangat sakit.Saya dan kawan2 sebaya bukan main seronok sekali waktu itu,main air lumpur disamping dapat ikan.
Kenangan ini masih didalam ingatan lagi,tapi setiap kali saya pasang taut,memancing dan menggunjun tidak pernah dapat ikan saperti kawan2 lain.Mungkin tiada kemahiran,sebab ayah tidak membenarkan saya membuat kerja2 ini,ayah mahu saya memberi tumpuan kepada pelajaran,kadang2 jeleous juga tengok kawan2 dapat ikan banyak.Tapi buat juga... curi2.