Wednesday, August 18, 2010

Maseh Ku Ingat

Darjah 6,Sek.Keb.Sungai Tukang Sidin Tahun 1963



Duduk dari kiri:Halimatun Saadiah,Marhamah Yit,Salasiah Din,Salamiah Sell Mohd.,Rokiah Din,


Cekgu Zainuddin(nan)Guru Besar Biayanamin,Ustaz Hj.Amran,Zabedah Saad,Fatimah Ismail, Norlia Ismail,Noraisah Ali,Rogayah Palil.



Berdiri dari kiri:A.Rahman Aziz,Yusof Harun,Zainuddin Mohd,Aziz Dahlan,Zakaria Jaabar,A.Halim Mohd.Som(saya),Ramli Zainuddin,Bustami Tahir,Aziz Kulup Hashim,Safri Rahmat,A.Halim Abdullah,Ahmad Jamal.



Nota:Ada diantara mereka yang sudah meninggal,semoga allah mencucuri rahmat keatas nya. Amin.



Gambar diatas diambil semasa kami di darjah enam,selepas ini kami akan mengikut haluan masing2,yang lulus pepereksaan darjah enam bolih lah sambung belajar ke sekolah menengah,yang tak lulus duduklah dikampong,tolong bapak kerja dibendang.Maklumlah zaman dulu peluang untuk belajar terhad.Tahun itu merupakan tahun akhir bagi pepereksaan darjah enam yang diwajibkan untuk memasuki sekolah menengah,selepas tahun ini pepereksaan darjah enam di mansuhkan.Antara mereka itu saya tinggi kurus,jadi dari segi sukan olahraga ini saya bolot semua,johan lari 100ela,johan lari berganti2 100elax4,johan lompat tinggi.Dan saya masih ingat lagi dalam perlawanan bola sepak antara sekolah2,pada hari itu Sek.Keb.Sg.Tkg.Sidin melawan Sek.Keb.Cikus,saya tidak layak bermain kerana ketinggian saya melewati syarat yang ditetapkan.Saya tak ingat berapa kaki dan inci yang disyaratkan,kami semua dikehendaki melalui satu tiang berpalang,kalau kepala tersangkut,tak lepas maknanya tak layak untuk bermain .Kampong Cikus dan Sg.Tkg.Sidin ini besebelahan saja ,tapi dari segi hubungan tidak semesra sekarang ini.Semangat kekampongan ini begitu tebal sekali waktu itu,silap sikit saja hendak bergadoh.Apabila dikatakan saya tak layak untuk bermain,keadaan menjadi tegang,orang kampong dari Sg.Tkg Sidin protes,ada yang kata ukuran tidak betul,palang tiang itu direndahkan,macam2 lah.Maka saya diminta melalui semula palang ukuran tersebut beberapa kali masih tak lepas juga.Akhirnya guru2 dan beberapa orang kampong duduk berbincang,dan bertolak ansor,untuk meneruskan perlawanan ,maka saya dengan sedihnya tidak dibenarkan bermain.Dalam perlawanan itu Sek.Keb.Sg.Tkg.Sidin kalah,saya tidak ingat berapa gol.Zaman itu mungkin olih kerana tiada apa2 hiburan saperti sekarang,maka bapak murid dan anak2 remajanya sentiasa memberi sokongan kepada aktiviti sekolah terutama dibidang sukan dan bola sepak .



Antara kami macam2 perangai ada,yang nakal,pendiam yang tak buat kisah langsung pun ada.Waktu itu cekgu2 nya garang terutama gurubesar nya,dari jauh nampak kelibatnya,semua lari.Cekgu Zainuddin ini ok sikit ada jugak senyum2 nya,Ustaz Hj Amran ini jawap tak betul saja,perut dicubitnya,kata nya"dalam perut ini banyak tahi".Dulu murid2 yang tidak mendengar arahan cekgu,atau melanggar displin sekolah akan diambil tindakan biasanya kena rotan olih guru besar.Saya ingat lagi satu pagi ,saya dan beberapa orang murid lelaki di panggil kebilik guru besar,atas kesalahan tidak hadhir keklas belajar sembahyang dan marhaban.Biasanya klas ini diadakan sebelah petang di mesjid pekan Sg.Tkg Sidin,masaalahnya bila dah balik dari sekolah dan sampai dirumah hendak datang semula,itu yang malas tu,maklumlah rumah jauh,kena berjalan kaki pulak ,dengan panasnya,mana ada basikal atau motorsikal macam sekarang.Bila guru klas baca saja nama2 yang dipanggil olih gurubesar,kami sudah tahu mesti kena rotan punya.Biasanya guru besar ini merotan dibahagian punggung.Bila nama dipanggil saja kami pun bersiap2,masing2 mula mereka2 apa alasan hendah diberi dan yang cerdiknya ada yang mencadangkan punggung dilapik dengan buku,dengan memasukan buku latihan didalam seluar,untuk megurangkan kesakitan apabila kena rotan.Jadi adalah beberapa orang kawan berbuat demikian,saya pada mulanya tak setuju,tetapi melihatkan semua kawan berbuat begitu,saya pun ikut juga kerana memikirkan kena rotan ini sakit juga.Biasanya kena dua rotan.

Masuk saja bilik guru besar,hati dah kejut,apatah lagi ternampak saja rotan bulu ayam yang tiada bebulu yang diletakan diatas meja disebelah kirinya.Rotan ini yang selalu digunakan untuk merotan murid2 yang melanggar displin sekolah,hujung rotan itu pun sudah pecah2 maklumlah selalu digunakan untuk merotan murid2.Tenguk mukanya serius saja,badannya gemok tidak ada senyum langsong,begitu sekali takut nya kami waktu itu dengan guru besar. Setiap kami ditanya kenapa tidak hadhir klas sembahyang petang semalam,masing memberi macam2 alasan,tetapi didalam hati sudah tahu,rotan tetap kena juga.Selesai saja sesi memberi alasan,guru besar pun panggil2 seorang seorang dengan rotan ditangan.Mula2 sekali Ahmad Jamal,bila rotan singgah dipunggungnya,bunyi nya lain tidak saperti biasa,guru besar mula perasan,guru besar beri arahan keluarkan benda didalam seluar itu.Bila dikeluarkan terdapat buku latihan sebagai pelapik,rahsia sudah bocor,kami yang lain nya mula kecut.Guru besar mula bertanya kepada yang lain supaya sesiapa yang berbuat perkara yang sama,supaya segera mengeluarkannya,kalau tidak hukuman rotan akan ditambah lagi.Masing2 pun keluarkan buku yang menjadi pelapik dari seluar masing2.Idea melapik punggung dengan buku ini datangnya dari Ahmad Jamal dan Aziz Dahlan(kedua2nya sudah kembali rahmatullah,sama2lah kita berdoa agar rohnya dicucuri rahmat...alfatihah).Selepas itu guru besar tukar plan,semua diminta tadah kedua2 tapak tangan,maka setiap orang kena rotan dua kali,ditapak tangan kiri kanan.Ini lah kejadian yang saya tidak dapat dilupakan,dimana perbuatan melapik buku latihan dipunggung itu satu kerja yang tidak selamat dan masuk akal.

Saya teringat lagi,sekolah zaman dulu tidak saperti sekarang dimana ada pekerja yang membersihkan kawasan sekolah.Setiap pagi sampai sekolah semua murid2 dikehendaki membersihkan sendiri kawasan sekolah.Biasanya murid darjah satu hingga darjah tiga diberi tugas mengutip sampah dikawasan sekeliling sekolah,murid2 perempuan darjah empat hingga enam ditugaskan menyapu,yang lelakinya menebas rumput padang sekolah menggunakan sabit.Terdapat juga murid darjah lima dan enam berkebun,dengan dibekalkan cangkul mereka akan membuat batas untuk menanam sayur.Biasanya kacang panjang,sawi dll.Pendek cerita waktu disekolah rendah lagi murid2 telah dilatih untuk bekerja,berdikari dan memahami erti kehidupan ,tidak saperti sekarang datang sekolah smart saja,jangan lah suruh buat kerja nanti guru besar kena komplin olih ibubapaknya.

Teringatkan zaman kanak2 ini memang seronok untuk diceritakan,kebanyakannya sudah putus hubungan terutama yang perempuannya,yang lelaki nya dua tiga orang ada jumpa juga.Semenjak bersara ini kerap juga saya balik ke kampong,selain untuk melawat abang saya yang maseh berniaga ,disamping kalau dapat hendak juga bersua dengan kawan2 lama yang sama2 bersekolah dulu.Tetapi memang tidak pernah bersua,maklumlah masing2 sudah membawa diri,kebanyakan nya sudah tidak tinggal dikampong lagi.

Saya pernah juga dijemput olih guru besar sekolah dan PIBG untuk memberi ucapan dan meresmikan hari kecemerlangan sekolah tersebut pada tahun 2007.Keadaan banyak berubah sekolah bangunan nya baru ,tiga tingkat,lengkap dengan kipas angin,zaman dulu kepanasanlah sebab litrik pun tiada.Itu lah agaknya,setiap kali ada pelajaran waktu tengahhari,mesti ada sessi belajar diluar klas,biasanya dibawah pokok yang redup,kurang lah panasnya.Dikawasan sekolah ini jua ada dua telaga besar yang dibuat dari semen,inilah tempat untuk menghilangkan dahaga,mana ada air paip waktu itu.Ingatkan zaman persekolahan waktu itu dengan sekarang jauh bedzanya.Itu lah yang dikatakan kemajuan dan pembangunan.



























































Wednesday, August 11, 2010

Maseh Ku Ingat



Dalam tahun 60an saya maseh di sekolah rendah,dan sebagai anak bongsu semua kehendaknya dipenuhi .Biasanya beberapa hari sebelum puasa ayah akan bawa saya ke Telok Anson untuk menjamu selera kononnya supaya bila tiba bulan berpuasa nanti,saya bolih berpuasa penuh .Maknanya tidak lah mengidam.Saya dan ayah akan menaiki keretapi jam 10.30 pagi dari setesen Sungai Tukang Sidin.Waktu itu dapat naik keretapi dan pergi ke Telok Anson sungguh teruju sekali,maklumlah peluang saperti ini waktu kecik2 susah hendak dapat.Dari petang hingga kemalam sehari sebelum hendak ke Telok Anson,dah buat persiapan malamnya tak bolih tidur ,gelisah sebab macam2 dalam fikiran,takut2 ayah kata tak jadi pergi pulak atau keretapi rosak dsbnya.Dari segi pakaian ayah memang sudah khaskan 2 pasang seluar dan baju untuk berjalan sahaja.Pakaian ini ditempah di kedai jahit di Telok Anson,kainnya ada klas dan kasut kulit.Biasanya bila sudah di pakai untuk berjalan,ayah akan hantar pakaian tersebut ke kedai dobi di Telok Anson.Ayah tak bagi emak atau kakak basuh,sebab gunakan air telaga,waktu itu paip tiada,air telaga ini tahu sahaja lah warna nya,coklat ada kuning pun ada (airnya keroh) ayah mahu kain itu bersih dan siap digosok.Hendak tahu tengoklah gambar saya dengan emak (diatas)betapa smartnya.Tentang berpakai ini bapa cukup jaga,itulah sebabnya sampai sekarang saya maseh begitu.
Sampai di setesen Telok Anson ayah bawa saya naik teksi sebenarnya beca,teksi adalah panggilan bagi beca,jarak nya kebandar Telok Anson lebih kurang 4km bayarannya 60 sen saja.Beca membawa kami terus kekedai "nasi lambai",ada tiga kedai disitu,pemilik berlainan ,pekerja kedai masing dari jauh dah melambai2 untuk mendapatkan pelanggan.Ayah masuk terus kekedai yang ditengah,rupanya ayah pelanggan tetapnya.Pekerja kedai semua kenal ayah,ayah selalu dapat layanan istemewa.Biasa lah kedai mamak,cedok nasi dari periok besar menggunakan tempurong kelapa saja,mungkin itu sebagai sukatan,dan lauk pauk pegang dengan tanggan saja tiada sendok atau sudu,melainkan untuk ambil kuah.Saya ingat lagi yang tukang cedok ini duduk atas kerusi rotan tak bergerak,badan besar dan berjanggut pulak.Biasanya saya minta lauk hati lembu,telor masin,bendi atau terong kari dan sambal kelapa,minuman nya mesti air leci.Maklumlah budak kampong memang menyelerakan.Selepas makan ayah bawa saya pusing2 beli barang,jalan kaki dari satu kedai kesatu kedai,dulu mana ada supermarket,waktu ini mula lah boring penat berjalan.Mula lah saya merenggek nak balik,nak balik,ayah kadang2 naik angin juga sebab beli barang tak selesai lagi.Begitu lah seorang ayah, tak tahan juga dia,maka kena lah ikut cakap anak,maka ayah panggil beca dan menuju kesetesen keretapi ,tunggu keretapi itu kadang lama juga seterusnya naik keretapi balik ke Sungai Tukang Sidin.
Begitu lah seronoknya waktu itu,sekarang ini perjalanan keratapi laluan Tapah Road ke Telok Anson telah ditutup,rail nya pun sudah hilang,maklum lah harga besi mahal untuk dijual.Semua ini tinggal kenangan sahaja.Kenangan ku.......

Wednesday, June 9, 2010

Maseh Ku Ingat

I Ini kepala keretapi yang awal sekitar tahun 1960.

Yang ini bermula disektar tahun 1965,dipanggil keretapi mail.


The Train Boys :Dulu disekitar tahun 60an hingga akhir tahun 70an,kebanyakan murid2 sekolah di daerah Sungai Manik dan Labu Kubong waktu itu bersekolah menengah di Telok Anson(Telok Intan) tidak saperti sekarang ada sekolah menengah di Langkap,Cenderong Balai dan Sungai Lampam.Di Telok Anson sekolah menengah banyak ,yang elite waktu itu ialah,Sek.Menengah Sultan Abdul Aziz,Anglo Chinese School,Horley Methodist dan Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Sri Perak.Waktu itu perhubungan susah,jalanraya tiada,bus tiada,motosikal pun tiada jadi kebanyakannya murid ini pergi ke sekolah di Telok Anson naik keretapi.Keretapi ini bermula dari Tapah Road,singgah di stesen Degong ambil murid2 dari sekitar kampong Degong dan Langkap,kemudian singgah di stesen Cikus untuk murid2 dari kampong di Cikus dan Sungai Lampam.Stesen seterusnya Sungai Tukang Sidin bagi mengambil murid2 dikampong tersebut termasuk dari Sungi Manik yang agak jauh di pendalaman,selepas itu keretapi ini berhenti di stesen Permatang Halt untuk mengambil murid dari kampong berdekatan.Stesen terakhir ialah Sungai Kerawai,bilangan muridnya tidak ramai kerana sudah dekat dengan Telok Anson,jadi kebanyakan mereka naik basikal ke Telok Anson.Jam 7.00 sampai di Telok Anson,yang bersekolah di Sekolah Sultan Abdul Aziz akan meneruskan perjalanannya ke perhentian terakhir keretapi ini iaitu stesen Telok Anson Wharp.Selain dari murid2 sekolah menengah terdapat juga beberapa orang murid yang bersekolah rendah di Telok Anson,iaitu bersekolah Inggeris maklumlah dikampong mana ada sekolah Inggeris.Seingat saya dalam tiga orang saja lebih kurang.
Keretapi pagi ini bolih dikatakan dipenuhi dengan murid2 sekolah sahaja,hampir 60 orang,keratapi ini tiga gerabak sahaja dengan enjin wap dengan kuasa arang batu,bunyinya bising dan asapnya berkepul keluar dari corongnya.Faham saja lah kami ini semuanya remaja,jadi macam2 perangai ada,bila dah ramai tu, guard(pegawai yg.bertugas dlm keretapi)pun tak terbuat apa.Ada yang pas tiket bulanannya sudah mati,apabila guard datang buat pemereksaan,masing2 lari menyorok dalam bilik air,ada yang berdiri di pintu keratapi yang duduk atas tangga pun ada,tak tahu takut padahal keratapi berjalan laju,waktu tak itu siapa pun fikirkan perbuatan itu merbahaya.Olih kerana sudah kenal biasa,apabila kena tangkap maka pandai juga kami "kautim" bayar lah sikit pada guard tu.Hubung antara kami ini sungguh erat,dalam pergaulan juga dalam pelajaran.Dalam waktu menuggu keratapi tiba hatta didalam keratapi pun kami berbincang tentang pelajaran,kerja rumah guru beri dsbnya tiada yang kedekut.Tapi yang tak kesah langsong pun ada,dia kami panggil "hero keretapi".Guru2 sekolah pun tahu kumpulan yang naik keratapi ini,mereka panggil kami"the train boys",kerana kerap geng keratapi ini lah yang lewat sampai kesekolah,guru displin telah beri keistemewaan ,pehak pengawas sekolah tidak perlu ambil tindakan keatas kami dia tahu kelewatan tersebut adalah masaalah keretapi.Yang hebatnya "the train boys" ini dibenarkan balik 15 minit awal dari waktu tamat sekolah,ini kerana untuk membolihkan kami balik menaiki keratapi jam 1.30,kalau terlepas bermakna kenalah naik keretapi berikutnya jam 4.30 ptg.Bayangkan berapa jam tersadai distesen keretapi,dengan perut laparnya dan tak dapat rehat.Jam 6.00 baru sampai rumah.
Geng yang gelar "the train boys"ini terdiri dari murid lelaki dan perempuan jadi biasalah budak2 remaja maka dalam diam2 ini mereka ini rupanya ada yang main cinta .Adalah seorang dua budak perempuan ini yang cantik dan galak serta ramah inilah yang jadi rebutan yang lain ada juga tapi muka serious saja takut lah pulak mendekatinya.Yang seorang dua ini lah yang jadi tumpuan ,yang banyak budak2 jadi angau dibuatnya macam cerita Labu Labi.Kalau di imbau semula macam2 gelagat ada untuk menarik perhatian mereka.Sehingga bermasam muka,sampai tamat sekolah dua orang budak ini tidak bertegur sapa.Tak tahu lah kerana selepas tingkatan 5 ,tamat sekolah menengah masing membawa diri.
Sekarang ini geng ini umor pun ada yang dekat 60 tahun,perkhidmatan keratapi laluan Tapah Road ke Telok Anson pun dah lama di hentikan,stesen keretapi pun dah tiada,kadang bila pergi ke Telok Anson naik kereta nampak lah gertak Sg.Bidor dan gate keretapi berhampiran dengan stesen keretapi Telok Anson yang tidak diusik,kononnya sebagai kenangan.Semua ini tinggal nostalgia saja,sejarah yang tidak bolih dimainkan semula.

Thursday, May 6, 2010

4 May 2010----- 59 Tahun



Pada tarikh ini umor saya meningkat setahun lagi syukor alhamdulillah dengan izin Allah umor saya masih panjang dan didalam kesihatan yang baik.Walau pun ada masaalah ringan dari segi kesihatan tetapi syukor kepada allah kerana sehingga sekarang saya masih mampu menjalankan kehidupan ini saperti biasa.Masih bermain golf sekurang2nya 4 kali seminggu,berjalan kaki menarik golf set dengan trolly,berjalan hampir 5 km dengan keadaan lapangan yang naik dan turun bukit.Bila umor sudah meninggkat ini aktiviti seharian pun sudah berubah maklum lah sudah bersara banyak masa lapang kerja pun tak ada.Buat masa ini selain bermain golf,masa ini juga digunakan untuk hidup bermasyarakat,mengikuti aktiviti keugamaan saperti berjamaah dimesjid ,mendengar ceramah ,aktif dalam persatuan kebajikan saperti menjadi AJK Persatuan Pesara Tmn Meru dan melayari internet dan facebook.Sempena dengan hari kelahiran saya ini,saya memohon kepada Allah,supaya dipanjangkan umor saya dengan penuh ketqwaan kepada Nya,diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki,dan diberi kebahagian dunia dan ahkirat.










Banyak saya menerima ucapan hari lahir dari kawan2 dan tidak ketinggalan dari isteri dan anak2 yang sama2 mendoakan kesejahteraan saya .Saya ucapan terima kasih.Ucapan diterima kebanyakan nya melalui internet(facebook),zaman teknology tanpa sempadan ini,ucapan berbentuk kad sudah kurang dipakai.Isteri ambil cuti hari ini ,dan bersama MQ kami makan tengahari di Scret Receipe,anak2 yang tak dapat turut serta kerana masing2 bertugas di KL dan Labuan.Tetapi masing2 sudah kirimkan wang untuk dibelanjakan,terima kasih.Dalam keadaan sudah bersara ini saya bersyukor kerana anak sentiasa ingat kepada orang tuanya,dan suka untuk mengembirakan kedua ibubapanya.Dan saya sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga jua.

Saturday, April 17, 2010

Maseh Ku Ingat


Kampung Parit 11 ini selain tiada bekalan air paip,api letrik pun tiada waktu itu,semenjak lahir sehingga lah dah keluar universiti tahun 1974,api letrik belum ada lagi.Saya masih ingat lagi waktu malam sahaja semua rumah bergelap,cuma yang ada lampu minyak tanah,bayangkan lah setakat mana saja lah yang bolih diterangi nya.Seluruh kampong bergelap,hiburan saperti radio,tv tiada ,maka jam 9.00mlm semua pakat tidur.Kadang2 waktu malam bapak pergi kesurau lepas sembahyang isya baru balik,saya dengan kakak dan emak dirumah ,maklumlah masa budak lagi ,rasa kesunyian dan takut pun ada.Tambahan pula dengan bunyi unggas,saperti cengkerik,katak bersautan,burung hantu pula berbunyi atas pokok manggis berhampiran rumah ,ini semua menanbahkan seram lagi.Kami semua tiga beranak duduk dalam kelambu diam2 sepatah pun tak bercakap,mata tak mahu tidur sebab awal lagi.Bila terdengar saja bunyi ayah membasuh kaki di tangga rumah atau kebiasaan ayah buat batuk2 sikit sebagai isyarat dia dah balik,saya dan kakak lega rasanya mata mula celik.Saya sambut ayah dipintu,kakak dan emak menyiapkan hidangan untuk makan malam.Masih saya dapat bayangkan ,kami duduk bersila, emak dan kakak hidangkan nasi ,lauk, siap dengan air basoh tanggan nya didalam talam dan makan bersama, sungguh tertib sekali.Itu masa saya maseh bersekolah rendah lagi.



Apabila umur saya sudah meningkat belasan tahun ,dan masuk sekolah menenggah iaitu Sekolah Menenggah Kebangsaan Telok Anson,ayah mula memberi perhatian tentang pelajaran,ayah selalu menekankan penting nya pelajaran matlamatnya satu sahaja ,supaya dapat makan gaji,waktu itu menjadi seorang guru atau kerani pun sudah mengcukupi.Satu pesanan ayah yang sehingga sekarang saya pegang dan saya pesankan juga kepada anak saya.Kata nya"yong,walau pun awak ko nampak lawa ,cantik,segak tetapi kalau endok lai beduit,siapo pun endok pedulikan awak do".Ayah rupanya berpandangan jauh,dengan pelajaran kita dapat meningkatkan dan mengubah kehidupan kita.Bagi mempastikan saya dapat mengulangkaji dan membuat kerja2 sekolah waktu malam dirumah,ayah telah berusaha membeli lampu gasline.Lampu gasline ini menggunakan minyak tanah,dan digantung tengah rumah,cahayanya terang sehingga anjung rumah yang luas pun dapat cahayanya.Ayah yang pasangkan lampu tersebut.Kadang dekat hendak subuh pun ayah pasangkan juga konon supaya saya bolih belajar waktu pagi.Tak lama kemudian saya sendiri yang pasang lampu gasline itu,ayah mula percaya saya bolih lakukannya.Selepas itu untuk hari2 seterusnya ianya menjadi tugas yang saya mesti lakukan tiap petang sebelum magrib.Apabila ada ketikanya lampu gasline rosak,ayah bekalkan lilin untuk membaca buku,lilin ini lebih terang dari pelita.

Selain kegelapan waktu malam,maka dengan tiadanya bekalan litrik ini segala kemudahan zaman moden ini tidak dapat dinikmati . Waktu tengahari punyalah panas bila bekalan litrik tiada,kipas angin tiada lah,aircon apatah lagi,peti ais tiada,hendak gosok baju sekolah gunakan strika arang,hendak menonton tv pun tak dapat.Pendek cerita tanpa litrik semua cara hidup moden tidak dapat dirasai.Yang anehnya setiap kali musim pilihanraya,wakil raayat ini setiap kali berkempen tidak putus2 berjanji untuk hendak bina jalan bertar,bekalan air dan litrik tetapi sehingga lah awal tahun 1970an satu apa pun tak nampak.Tetapi diawal tahun 1990an baharulah semuanya ada,dan kehidupan orang di kampong ini nampak ceria.

Baru2 ini saya balik kekampong,yang tinggal tanah tapak rumah,kolam air(kolah)tadahan air hujan yang dibuat dari semen konkret yang masih kukuh.Bila musim hujan kolah ini penuh,kalau malas hendak ketelaga gunakan air ini untuk mandi,berwuduk ,basuh kain dsbnya.Sayu hati ini...teringat saya lagu "terkenang masa nan lalu mengalir siair mata....."

Wednesday, March 31, 2010

Maseh Ku Ingat



Sempena sambutan mauludul rasul.Sudah menjadi adat bila tiba saja hari mualudul rasul semua penduduk kampong saya Parit 11,akan mengadakan sambutannya disurau,biasanya selepas zohor.Penduduk Parit 11 ini 100% berasal dari Muoro Sungai Lolo,yang maseh kuat berpegang kepada adat dan teguh dalam muafakat dan menghormati orang tua dan nenik-mamak,bulat air kerana pembetong,berat sama dipikul ringan sama dijinjing,bukit sama didaki lurah sama dituruni,hidup ditunjangi ugama dan adat.Bila tiba saja hari itu setiap rumah sebok menyediakan hidangan nasi untuk dimakan beramai2 disurau.Waktu itu saya kanak2 lagi,memang seronok maklumlah dapat makan gulai ayam,masak lemak cili api.Dulu mana ada ayam daging,macam sekarang ,semua ayam kampong,jadi nak makan lauk ayam ni tunggu lah bila ada perayaan dan sambutan.Jadi dalam sebulan tu nak makan ayam memang susah,sekarang ni hari2 bolih makan ayam, orang kampong kata ayam injeksen,bolih dapat dimana2 dan setiap masa.Ayam kampong ini dipelihara sendiri,setiap rumah habis banyak pun adalah dalam 10 ekor.Disembelih untuk peristiwa tertentu saja disamping dijual sebagai punca pendapatan. Masakan orang tua2 ini sedap pula tu,maklumlah ayam kampong.Rasanya masakan mereka tak bolih lawan sedapnya,antaranya masakan omak Leha,Eneik omak Draman Bangkung,Amai Sinab omak Buyung.
Dalam pukul 2.00 begitu, omak2,eneik2,amai-amai,ancu2 dan termasuk lah anak2 betino masing2 keluarlah dari rumah menjunjung talam,yang ditutup dengan sangai(tudung saji) berjalan kaki menuju kesurau masing2 membawa hidangan.Waktu itu mana ada motorsikal apatah lagi kereta.Upacara sambutan dimulakan dengan ucapan ketua kampong dan diikuti ucapan olih ayah saya sebagai orang tua di kampong.Ayah saya ini dulu di Muoara berpangkat kepala negeri ikut adat bergelar datok bendaharo,penghormatan itu ikut dibawa sekali disini,di kampong ayah di panggil Tok Bendaro atau Tok Ongku,maka setiap kali ada perayaan dan sambutan ayah mesti dijemput untuk berucap.Selepas ucapan baru lah dijemput tok imam membacakan kisah hidup dan perjuangan nabi.Dengar ceritanya teks sejarah hidup nabi ini disediakan olih ustaz Kamaruddin.Teks ini lah dibaca tiap2 tahun sampai luncai dan tulisan nya pun dah kabor.Yang membacanya pula imam yang dah tua mata pun kurang terang maka tersasul sasullah jadinya.
Surau kecil, yang datang ramai,bolih dikatakan macam sambutan hari raya jua,dalam tahun2 60an mana ada orang kampong keluar bekerja,waktu itu peluang pekerjaan tidak saperti sekarang,budak2nya pun sekolah dekat2 saja tiada yang duduk diasrama,maka kampong zaman itu sungguh meriah.Surau jadi penuh dan budak2 buat bising pulak macam mana hendak dengar ucapan dan ceramah yang di sampaikan,pembesar suara tiada pulak.Jadi kebanyakan yang perempuannya duduk dibelakang turun lah kebawah surau,surau ini bertiang dalam tiga kaki.Dari bawah surau itulah mereka mendengar ceramah.Yang budak2 macam saya ini tunggu nak makan saja.
Apabila ceramah sudah selesai ,budak2 yang tadi berlari kesana sini buat bising pandai pula cari tempat dan duduk diam2 depan hidangan.Mereka sudah maklum lepas ceramah acara berikutnya mesti makan.Bila tiba waktu nak makan sanggai pun dibuka,macam2 hidangan, yang pasti ayam mesti ada.Nasi,pulut kuning dan lemang pun ada,pilih saja nak join mana2 talam.Yang jadi tarikan ayam bulat seekor masak cili padi.Dalam memilih hidangan ini budak2 ini cekap dah,tahu talam mana yang masak ayam bulat,mana masakan yang sedap dan biasa saja.Mereka tengok bunga talam dah tahu siapa punya,biasanya talam ayah,imam Dollah,omak ustaz Kamaruddin,bini Birin,tok sidang menjadi rebutan.
Begitu lah dulu,dengar ceritanya sambutan ini maseh diteruskan maklumlah semenjak emak dan ayah pun dah meninggal(1987)saya tiada pernah mengikuti lagi sambutan saperti ini dikampong.
"kampong nan jaouh dimato..........tapi dokek dihati"