Wednesday, June 9, 2010

Maseh Ku Ingat

I Ini kepala keretapi yang awal sekitar tahun 1960.

Yang ini bermula disektar tahun 1965,dipanggil keretapi mail.


The Train Boys :Dulu disekitar tahun 60an hingga akhir tahun 70an,kebanyakan murid2 sekolah di daerah Sungai Manik dan Labu Kubong waktu itu bersekolah menengah di Telok Anson(Telok Intan) tidak saperti sekarang ada sekolah menengah di Langkap,Cenderong Balai dan Sungai Lampam.Di Telok Anson sekolah menengah banyak ,yang elite waktu itu ialah,Sek.Menengah Sultan Abdul Aziz,Anglo Chinese School,Horley Methodist dan Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Sri Perak.Waktu itu perhubungan susah,jalanraya tiada,bus tiada,motosikal pun tiada jadi kebanyakannya murid ini pergi ke sekolah di Telok Anson naik keretapi.Keretapi ini bermula dari Tapah Road,singgah di stesen Degong ambil murid2 dari sekitar kampong Degong dan Langkap,kemudian singgah di stesen Cikus untuk murid2 dari kampong di Cikus dan Sungai Lampam.Stesen seterusnya Sungai Tukang Sidin bagi mengambil murid2 dikampong tersebut termasuk dari Sungi Manik yang agak jauh di pendalaman,selepas itu keretapi ini berhenti di stesen Permatang Halt untuk mengambil murid dari kampong berdekatan.Stesen terakhir ialah Sungai Kerawai,bilangan muridnya tidak ramai kerana sudah dekat dengan Telok Anson,jadi kebanyakan mereka naik basikal ke Telok Anson.Jam 7.00 sampai di Telok Anson,yang bersekolah di Sekolah Sultan Abdul Aziz akan meneruskan perjalanannya ke perhentian terakhir keretapi ini iaitu stesen Telok Anson Wharp.Selain dari murid2 sekolah menengah terdapat juga beberapa orang murid yang bersekolah rendah di Telok Anson,iaitu bersekolah Inggeris maklumlah dikampong mana ada sekolah Inggeris.Seingat saya dalam tiga orang saja lebih kurang.
Keretapi pagi ini bolih dikatakan dipenuhi dengan murid2 sekolah sahaja,hampir 60 orang,keratapi ini tiga gerabak sahaja dengan enjin wap dengan kuasa arang batu,bunyinya bising dan asapnya berkepul keluar dari corongnya.Faham saja lah kami ini semuanya remaja,jadi macam2 perangai ada,bila dah ramai tu, guard(pegawai yg.bertugas dlm keretapi)pun tak terbuat apa.Ada yang pas tiket bulanannya sudah mati,apabila guard datang buat pemereksaan,masing2 lari menyorok dalam bilik air,ada yang berdiri di pintu keratapi yang duduk atas tangga pun ada,tak tahu takut padahal keratapi berjalan laju,waktu tak itu siapa pun fikirkan perbuatan itu merbahaya.Olih kerana sudah kenal biasa,apabila kena tangkap maka pandai juga kami "kautim" bayar lah sikit pada guard tu.Hubung antara kami ini sungguh erat,dalam pergaulan juga dalam pelajaran.Dalam waktu menuggu keratapi tiba hatta didalam keratapi pun kami berbincang tentang pelajaran,kerja rumah guru beri dsbnya tiada yang kedekut.Tapi yang tak kesah langsong pun ada,dia kami panggil "hero keretapi".Guru2 sekolah pun tahu kumpulan yang naik keratapi ini,mereka panggil kami"the train boys",kerana kerap geng keratapi ini lah yang lewat sampai kesekolah,guru displin telah beri keistemewaan ,pehak pengawas sekolah tidak perlu ambil tindakan keatas kami dia tahu kelewatan tersebut adalah masaalah keretapi.Yang hebatnya "the train boys" ini dibenarkan balik 15 minit awal dari waktu tamat sekolah,ini kerana untuk membolihkan kami balik menaiki keratapi jam 1.30,kalau terlepas bermakna kenalah naik keretapi berikutnya jam 4.30 ptg.Bayangkan berapa jam tersadai distesen keretapi,dengan perut laparnya dan tak dapat rehat.Jam 6.00 baru sampai rumah.
Geng yang gelar "the train boys"ini terdiri dari murid lelaki dan perempuan jadi biasalah budak2 remaja maka dalam diam2 ini mereka ini rupanya ada yang main cinta .Adalah seorang dua budak perempuan ini yang cantik dan galak serta ramah inilah yang jadi rebutan yang lain ada juga tapi muka serious saja takut lah pulak mendekatinya.Yang seorang dua ini lah yang jadi tumpuan ,yang banyak budak2 jadi angau dibuatnya macam cerita Labu Labi.Kalau di imbau semula macam2 gelagat ada untuk menarik perhatian mereka.Sehingga bermasam muka,sampai tamat sekolah dua orang budak ini tidak bertegur sapa.Tak tahu lah kerana selepas tingkatan 5 ,tamat sekolah menengah masing membawa diri.
Sekarang ini geng ini umor pun ada yang dekat 60 tahun,perkhidmatan keratapi laluan Tapah Road ke Telok Anson pun dah lama di hentikan,stesen keretapi pun dah tiada,kadang bila pergi ke Telok Anson naik kereta nampak lah gertak Sg.Bidor dan gate keretapi berhampiran dengan stesen keretapi Telok Anson yang tidak diusik,kononnya sebagai kenangan.Semua ini tinggal nostalgia saja,sejarah yang tidak bolih dimainkan semula.