Sunday, November 4, 2012

Maseh Ku Ingat.
                              Gambar ketua2 kampong ,AJK kampong bersama penduduk.

Sungai Tukang Sidin dulu pekan kecil yang hidup kerana penduduknya yang ramai dan menjadi pusat akitivti jualbeli barang bagi kawasan Sungai Manik.,kerana satu2nya alat perhubungan yang ada waktu itu ialah jalan keretapi,jalanraya tiada lagi.Selain dari mempunyai beberapa deretan rumah kedai,terdapat juga gudang2 padi,padi disimpan digudang ini untuk dihantar ke bandar Telok Anson dengan keretapi.
                                dulu landasan keretapi ni lah tempat kami bermain,saya duduk bersila tu.
Pekan ini jadi lebih meriah lagi setiap hari jumaat,kerana ada pasar sehari namanya,pekan ini lebih meriah lagi  di musim manuai padi apabila semua orang ada duit.Macam2 barang ada dijual disini dari kain ela,pinggan mangkok,barang2 permainan untuk budak2 sehingga lah kepada pelbagai jenis makanan,saperti pecal,kueh mueh,mee,sotong katok,ais kacang ,cendul macam2 lagi,sungguh seronok sekali.Maklum lah seminggu sekali,hendak kebandar Telok Anson jauh,kena naik keretapi.

                                           bersama kawan2 di depan kedai gunting Shah.


Ini lah di antara geng lepak di kedai,.masing2 waktu itu ada yang ,baru lepas SPM dan kebanyakanya yang menganggur atau buat kerja bendang.

                             Rumah SM (station master)...dulu di sebelahnya ada badminton court.

Yang tinggal batu tanda stesen keretapi yang bertulis,,,SUNGAI TUKANG SIDIN,tulisan nya pun sudah hilang.Ini peningalan sejarah perkhidmatan keretapi laluan Tapah Road ke Degong.Chikus,Sungai Tukang Sidin,Permatang Halt,Sungai Kerawai,Telok Anson dan Telok Anson Wharp distinasi akhir,ianya juga sebuah pelabuhan utama.
 y

Ini ada lah batu tanda yang dibina bagi memperingati hari kemerdekaan yang dibena tahun 1957  bagi  menyambut kemerdekaan,yang telah dibaik pulih.Saya sendiri menyaksikan pembinaan tersebut waktu itu saya darjah 2,kebetulan ianya terletak di depan kedai runcit ayah.Mengikut cerita nya disini lah kubur pahlawan tempatan yang gugur semasa perang Sungai Manik yang telah menjadi sejarah .



Landasan keretapi yang masih dapat di kesan,yang lain mungkin sudah diambil untuk dijual,landasan keretapi pun sudah penuhi dengan tanaman sawit.
Kini walau pun jauh dari segi pembangunan dan penduduknya sudah berkurangan kerana kebanyakan generasi muda sudah berkerja dibandar,tetapi ianya sedang menbanguan dari segi pertanian.Tanah terbiar telah ditanam kelapa sawit,bendang telah dibaik pulih,selain pengeluar buahan tempatan saperti durian,rambutan dan manggis
Sungai Tukang Sidin kampong ku banyak sejarah dan kenangan yang bolih diceritakan.