Tuesday, February 26, 2013



Maseh Ku Ingat;

Bali distinasi melancong bersama keluarga pada 18/1/2013 hingga 22/1/2013.












Pilihan melancong bersama keluarga kali ini ialah pulau Bali,saya ,isteri,anak perempuan dengan anaknya(cucu),ke Bali pada 18/1/2013 hingga 22/1/2013 menaiki pesawat airasia dari Lcct ke Denpasar,penerbangan tambang murah.Sampai lapangan terbang Denpasar lebih kurang jam 11.00 mlam.,kami dibawa terus ke hotel penginapan Flora Hotel Kuta olih pemandu pelancung yang sedia menunggu ketibaan kami.Sebuah hotel 3 star tetapi amat selesa.ditengah
bandar Kuta,bandar pelancungan,walking distance ke kedai makan nasi padang,Kuta Beach yang menjadi tumpuan pelancung,shopping complex dan gerai2 jualan dan rumah2 untuk urut badan yang halal.





Flora Hotel disahkan halal olih pehak pemerintah,untuk mendapatan kan makan halal agak sukar di Bali,kerana 80% dari jumlah penduduknya 8 juta jiwa ini adalah pengganut ugama hindu.Bab makan kita kena hati2.
 

Hari pertama lawatan kami dibawa menonton tarian tradisional Bali dan terus kekemucak gunung Kinatamani dan tasek Batur,dalam perjalanan seharian kami singgah dibeberapa tempat tumpuan pelancong ,rumah2 ukiran,lukisan,sawah padi teres dan berhala sambil lalu sahaja.Dan makan tengahari di Kintamani restoran.yang halal dan juga disediakan surau untuk solat,surau nya
bersih dan nyaman,sejuk dengan tiupan angin gunung.Di puncak gunung ini kelihatan gunung berapi yang masih mengeluarkan asapnya.


 





                             





Bali juga mempunyai tempat rekreasi  dan pantai2 yang cantik saperti pantai Nusa Dua.,Dreamland Beach dimana terdapat nya pantai2 yang menjadi idaman bagi pengemar aktiviti sukan rekreasi air,saperti snorkling dan main papan luncur,juga terdapat padang golf iaitu Kuta Golf Links yang mewah disini.




g







Bebek bengil saya ingat kan apa bendanya,isteri saya kata jangan pergi dikawasan itu kotor,kandang itek katanya.Tapi rupa2 nya sejenis menu masakan itek goreng yang menjadi hidangan istemewa dihotel2 besar.Betul lah kata orang tua2,banyak berjalan luas pandangan dan banyak pengelaman.Bali satu satu2nya tempat di Indonesia yang sukar hendak mencari mesjid berbedza dengan tempat lain ,melancung ke Jakarta,Bandung,Surabaya,Jokja,Solo,Acheh,Pekanbaru,Palembang dan Medan selang beberapa  kilometer saja kita sudah jumpa mesjid tempat masolah.Sepanjang jalan di Bali ini terdapat banyak kuil sehingga kan setiap rumah atau keluarga mempunyai kuilnya sendiri,selain itu patung hiasan juga terdapat dimana2.Sehinggakan menurut pemandu pelancung ini,"lebih banyak kuil dari rumah".Kami juga berkesempatan singgah dibeberapa mesjid disini,yang uniknya mesjid dibena bersebelahan dengan gereja dan kuil hindu.Sepanjang perjalanan, kami lihat banyak upacara2 keugamaan berbentuk sajian,,masing2 dengan pakaian tradisional Bali nya,ia dilakukan secara bergotong royong,dan semua ahli masyarakat dikampong berkenaan harus turut serta.







Selama 5hari 4 malam diBali ada masih banyak tempat lagi yang tidak cukup masa untuk dilawati,kota Denpasar sekadar lalu saja.Banyak masa dihabiskan untuk melawat diluar kota disamping  berjalan free and easy di Kuta.Disini banyak shopping komplex yang besar2 disamping gerai2 biasa.









Melancung ke Bali menyeronokan,perbelanjaannya murah,tiada gangguan dari penjual2 jalanan,peminta wang dan keselamatan nampak ok dan orang2 nya pun peramah.Ada peluang saya akan kesana lagi.



banyak berjalan luas pandangan...