Sunday, April 8, 2012

Maseh ku ingat.



Pembangunan pesat di Kota Mekkah.
----------------------------------------
Buat pertama kali saya ke Mekkah ialah dalam tahun 2000 untuk mengerjakan umrah,kemudian penghujung tahun 2006 untuk menunaikan ibadah haji,kira2 beberapa bulan sebelum bersara.Yang terbaharu sekali ialah pada 7 Mac hingga 23 Mac 2012 untuk mengerjakan umrah lagi sekali.Dalam tempuh tersebut banyak lah perubahan landskap berlaku disekitaran bandar suci Mekkah ini.Kerja2 memecah dan meratakan bukit2 batu dan lereng2 bukitnya bagi tujuan pembinaan bangunan baru, berjalan siang dan malam,crane2 pembinaan merupakan pemandangan biasa disekitar kota Mekkah ini ,begitu banyak sekali.Mekkah tempat lahirnya Nabi Muhammad saw dan tempat terletaknya Kaabah yang menjadi kiblat umat islam sedang mengalami pembangunan komersial yang disifatkan terhebat dalam sejarahnya.Akibat dari pembangunan ini banyak tinggalan sejarah dan binaan asal dari zaman Rasulullah,para sahabat dan semua tinggalan Khilafah Rashidin dan apatah lagi Khlifah Othmaniyyah telah diratakan tanpa kesan.Mesjid kucing yang menjadi "econ" jamaah dari Malaysia,juga diroboh dan diratakan untuk memberi laluan kepada pembangunan Kota Mekkah.Bandar Mekkah yang merupakan destinasi ibadah haji akan di transformasikan sebagai bandar contoh abad 21dari segi pembangunan dan pemodenan.
Abraij al bait atau clock tower yang di bina hanya beberapa meter sahaja dari mesjidil harram merupakan mercu tanda yang terbaharu.Ianya juga merupakan bangunan tertinggi dan pusat komersial terbesar di dunia.Didalamnya terdapat supermarket,out-let perniagaan ,restoran2 dan juga hotel mewah yang dianggarkan terdapat 1005 bilik serta apartment yang berharga hampir rm 3 juta sebuah.Difaham sewa hotel nya semalam sekitar rm 700,nampaknya diluar kemampuan kebanyakan jamaah,hanya golongan kaya dan hartawan saja yang mampu.Selain dari restoran2 yang menjual makanan negara2 Arab,bagi kita dari Malaysia ini jika teringin makanan suasana di Malaysia dibangunan ini terdapat kedai makan saperti McDonel,Starbuck Coffee,Kuntecky Fried Chicken dan sebagainya.
Kebanyakan hotel lama yang sederhana dan hanya antara 300 meter saja jaraknya dengan mesjiddil harram yang pernah saya tinggal semasa mengerjakan umrah dan haji ditahun2 2000 dan 2006 sudah tiada lagi.Hotel2 sederhana saperti ini yang ada sekarang letaknya hampir 1 km.dari Mesjjidil Harram,di hotel ini lah saya mengginap baru2 ini,penat juga kalau berulang alik setiap waktu sembahyang.Biasanya mulai waktu asar saya tunggu hingga lepas isyak baru balik hotel.Kita mengharapkan dalam ratusan bangunan dan hotel2 baharu yang dibina yang berdekatan dan sekeliling mesjiddil harram itu maseh ada bilik hotel yang menawarkan harga sederhana yang termampu olih kebanyakan jemaah saperti kita ini.
Semoga plan pembangunan kota suci Mekkah ini yang menelan belanja $13 billion ini,apabila siap kelak akan dapat menampong jumlah jemaah yang terus meningkat , memberi keselesaan dan banyak kemudahan kepada jemaah.