Wednesday, November 9, 2011

Gambar diatas diabadikan pada tahun 1954...ambil mempelam ditengah malam ,semut kerengga penuh merata ,inilah gambar sejarah dalam kenangan yang menjadi sebutan untuk dicerita.Gambar beramai2 pemimpin tertinggi pekan Sungai Tukang Sidin,selepas program dimesjid bersama tetamunya Ustaz Hamidon seorang guru ugama dan mempunyai kedai membuat songkok yang terletak di Padang Temberang ,Telok Anson.Padang Temberang ini terletak tidak jauh dari jam tinggi,dimana kedai bangunan MARA sekarang ini,dulu merupakan kawasan lapang yang dikelilingi pokok besar dan rendang dan terdapat beberapa buah kedai kecil,termasuklah kedai me rebus Mastan Ghani.Dibawah pokok ini terdapat ramai penjual ubat tradisi dengan bermacam2 gelagat dengan pertunjukan silap matanya,terdapat juga penjual kain dan pinggan mangkok, "lambong tak pocah ,jatuh berdorai".Nama Padang Temberang agaknya berasal dari gelagat mereka ini ,genarasi baru tidak mengetahui adanya tempat ini,yang dulunya jadi tumpuan masyarakat melayu
Dalam gambar ini bapa saya yang berdiri dibarisan tengah kiri sekali yang berkaca mata.Gambar2 pemimpin yang maseh saya ingat yang duduk dibarisan hadapan antaranya tok sidang Ahmah Nordin ketua kampong Pt11,tok sidang Manan ketua kampong pekan Sungai Tukang Sidin,tok sidang Ramli ketua kampong Pt 12,mereka ini merupakan pemimpin yang banyak berjasa kepada penduduk kawasan masing2,dari segi memajukan kampong,mengujudkan perpaduan dan kerjasama dalam masyarakat yang berbagai etenik,bahasa dan budaya,saperti etenik kampar,banjar,jawa ,mendailing dsbnya.Juga dalam mempertingkat dan menggalakan pembelajaran kepada anak2 waktu itu.Selain pemimpin tersebut dalam gambar diatas terdapat juga beberapa orang perseorangan yang banyak memberi sumbangan kepada kemajuan kampong ini ,mereka terdiri dari peniaga kedai runcit antarnya bapa saya sendiri,pak cik Rasul,tauke Ismail (mail),pak Hamzah,dan pak Zainal.Dalam gambar ini terdapat juga imam Dahlan dari Pt 11(pakeh Dahlan),cekgu Ismail tukang kayu,pak Saad ayam peniaga ayam,pak Shaari,pak Saad misai tebal,pak Tokoh,ustaz Ismail pakai seban duduk barisan hadapan.Itu lah antara orang tua2 yang saya dapat kenal pasti,semuanya mereka telah pun meninggal dunia.Lain2 yang pada waktu itu maseh kanak2 turut bergambar ialah Sahak (anak tauke Ismail),Mamat(anak taukeh Ismail).
Semua ini tinggal kenangan dan sejarah .Jasa mereka tidak harus dilupakan,yang hilang tumbuh berganti.

Thursday, January 13, 2011

Maseh Ku Ingat.





























Kedai runcit ini maseh beroperasi sampai sekarang,ia merupakan warisan perniagaan bapa kami,terletak di pekan kecil Sungai Tukang Sidin.Orang kampong lebih mengenalinya dengan panggilan tok ungku atau tok bendahro.Perniagaan ini telah diasaskan sekitar tahun 1954 lagi,waktu itu pekan Sungai Tukang Sidin sungguh sebuk dengan aktiviti perniagaan kedai runcit,pasar ikan sungai dan jual beli padi.Ia merupakan pusat aktiviti bagi kawasan Sungai Manik,kerana waktu itu satu satunya alat perhubungan adalah keretapi.Setesen keretapi Sungai Tukang Sidin memainkan peranan yang penting waktu itu bagi menggangkut hasil pertanian mereka ke bandar Telok Anson,dan sebagai alat perhubungan bagi penduduk untuk ke Teluk Anson dan bagi murid untuk kesekolah menengah disana,waktu itu jalan raya tiada,kemudahan lain saperti motosikal sedikit sangat bilangannya,selain dari itu menggunakan basikal.Untuk memiliki sebuah motosikal pun tak mampu,waktu itu tiada saperti sekarang macam2 jenama ada,dulu yang ada saperti, AJS,Norton ,Triumpt semua buatan oarang putih punya.Dimusim menuai padi pekan STS sungguh sibuk ,ada dua orang tauke melayu yang menjadi pemborongnya,semua hasil tuaian padi berguni2 dijual disini.Setiap tauke ini masing2 memiliki gudang padi ,rumah kedai ini lah menjadi gudang padi.Guni2 padi ini disusun bertingkat2,saya selalu bermain dalam gudang ini bersama kawan2.Dianggarkan setiap gudang menyimpan antara 500 hingga 1000 guni.Apabila gudang2 ini penuh,dalam seminggu sekali ianya ,padi2 ini dipindahkan masok dalam gerabak2 keretapi yang telah disewa khas dari Keretapi Tanah Melayu untuk diangkut dan dijual kepada tauke kilang padi di Telok Anson untuk diproses menjadi beras.Musim menuai aktiviti perniagaan menjadi begitu rancak,maklumlah semua orang berduit,dari kanak2 hingga ke orang dewasanya.Musim ini berbagai jualan ada berbedza jika diluar musim padi, bilangan kedai makan bertambah,gerai mamak jual sop kambing ,daging dan ayam.sotong katok,gerai cendol dan ais kacang,mee hailam ,macam2 ada.






Pada awal tahun 50an STS (Sg.Tkg.Sidin ),sebuah pekan yang utama di Sungai Manik,terdapat tiga blok rumah kedai berderet dua tingkat.Tingkat atas untuk kediaman dan bawah kedai runcit.Setiap blok ada tak silap ingatan saya ada 10 pintu.Terdapat dua kedai runcit India,lima kedai runcit melayu termasuk ayah saya punya,dan sebuah kedai kopi mamak dan sebuah kedai makan cina mualap.Kedai cina mualap ni terkenal dengan mee hailamnya,bayangkan lah waktu itu orang kampong dah kenal dengan mee hailam.Setiap hari jumaat ada pekan sehari,orang sekarang sebut pasar minggu atau pasar malam.Banyak lah orang sekitar sungai manik bertumpu di pekan sehari STS ini.Macam2 jualan ada,kain ela,pakaian,barang2 peralatan dapur,ikan sungai,sayuran dan ulaman,gerai2 makan dsbnya.Yang saya tak lepas beli ialah pecal ,sungguh sedap rasanya waktu itu,penjualnya Mbah Ayu,selain itu barang mainan,yang ini kena menanggis habis2 dulu,baru lah ayah menggalah terpaksa belikan juga.






Kemeriahan pekan ini mula beransur2 pudar diawal tahun2 70an apabila Sungai Manik membangun,jalan2 baru bertar mula di bina yang menghubungkan kampong2 di sekitar Sungai Manik dengan bandar Telok Anson,pekan Chenderong Balai dan Langkap.Hasil pertanian saperti padi,ikan,sayoran mula diangkut dengan lori dan van perkhimatan keretapi tidak digunnakan lagi,sekaligus pekan STS bukan lagi jadi tumpuan.Tamparan yang hebat sekali apabila perkhimatan keretapi dari Tapah Road ke Telok Anson di tamatkan.Rumah2 kedai mula di tinggalkan,banyak peniaga2 menutup perniagaannya.Lama kelamaan secara perlahan2 kedai yang masih ada itu pun runtuh,ayah buat keputusan membina bangunan kedai baru saperti yang ada sekarang ini.Kedai ayah lah yang satu2 nya masih tegak berdiri yang masih meneruskan aktivitinya sehingga hari ini yang di warisi olih abang saya.Sebut saja kedai Tok Ungku panggilan untuk ayah atau kedai Hassan ,dari genarasi dulu hingga lah anak sekolah sekarang semua mengenalinya.
Semuanya tinggal kenangan.