Sunday, November 4, 2012

Maseh Ku Ingat.
                              Gambar ketua2 kampong ,AJK kampong bersama penduduk.

Sungai Tukang Sidin dulu pekan kecil yang hidup kerana penduduknya yang ramai dan menjadi pusat akitivti jualbeli barang bagi kawasan Sungai Manik.,kerana satu2nya alat perhubungan yang ada waktu itu ialah jalan keretapi,jalanraya tiada lagi.Selain dari mempunyai beberapa deretan rumah kedai,terdapat juga gudang2 padi,padi disimpan digudang ini untuk dihantar ke bandar Telok Anson dengan keretapi.
                                dulu landasan keretapi ni lah tempat kami bermain,saya duduk bersila tu.
Pekan ini jadi lebih meriah lagi setiap hari jumaat,kerana ada pasar sehari namanya,pekan ini lebih meriah lagi  di musim manuai padi apabila semua orang ada duit.Macam2 barang ada dijual disini dari kain ela,pinggan mangkok,barang2 permainan untuk budak2 sehingga lah kepada pelbagai jenis makanan,saperti pecal,kueh mueh,mee,sotong katok,ais kacang ,cendul macam2 lagi,sungguh seronok sekali.Maklum lah seminggu sekali,hendak kebandar Telok Anson jauh,kena naik keretapi.

                                           bersama kawan2 di depan kedai gunting Shah.


Ini lah di antara geng lepak di kedai,.masing2 waktu itu ada yang ,baru lepas SPM dan kebanyakanya yang menganggur atau buat kerja bendang.

                             Rumah SM (station master)...dulu di sebelahnya ada badminton court.

Yang tinggal batu tanda stesen keretapi yang bertulis,,,SUNGAI TUKANG SIDIN,tulisan nya pun sudah hilang.Ini peningalan sejarah perkhidmatan keretapi laluan Tapah Road ke Degong.Chikus,Sungai Tukang Sidin,Permatang Halt,Sungai Kerawai,Telok Anson dan Telok Anson Wharp distinasi akhir,ianya juga sebuah pelabuhan utama.
 y

Ini ada lah batu tanda yang dibina bagi memperingati hari kemerdekaan yang dibena tahun 1957  bagi  menyambut kemerdekaan,yang telah dibaik pulih.Saya sendiri menyaksikan pembinaan tersebut waktu itu saya darjah 2,kebetulan ianya terletak di depan kedai runcit ayah.Mengikut cerita nya disini lah kubur pahlawan tempatan yang gugur semasa perang Sungai Manik yang telah menjadi sejarah .



Landasan keretapi yang masih dapat di kesan,yang lain mungkin sudah diambil untuk dijual,landasan keretapi pun sudah penuhi dengan tanaman sawit.
Kini walau pun jauh dari segi pembangunan dan penduduknya sudah berkurangan kerana kebanyakan generasi muda sudah berkerja dibandar,tetapi ianya sedang menbanguan dari segi pertanian.Tanah terbiar telah ditanam kelapa sawit,bendang telah dibaik pulih,selain pengeluar buahan tempatan saperti durian,rambutan dan manggis
Sungai Tukang Sidin kampong ku banyak sejarah dan kenangan yang bolih diceritakan.

8 comments:

  1. Salam, saya peminat keretapi lama, boleh saya berkongsi gambar2 ni dalam page ktmrailwayfan? tq
    shukry

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam...silakan,saya juga peminat keretapi,kerana sejak zaman kanak2 lagi station keretapi,railway keretapi tempat saya bermain,sehinggakan saya faham fungsi peralatan perhubungan sistem laluan keretapi ini.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum.
    Saya tertarik dengan artikel tuan berkaitan Memori Tukang Sidin ini.
    Untuk makluman tuan, saya adalah keturunan Mohd Ali Bin Karim (Isteri beliau Ramlah) mempunyai 3 org anak iaitu ayah saya Ismail bin Mohd Ali dan dua adik beradik lain iaitu Shamsiah dan Shamsudin), Mohd Ali adalah salah seorang yang terkorban dan dikuburkan di kawasan keretapi itu berdasarkan satu artikel akhbar suatu masa dulu yang pernah saya baca. Berketurunan banjar dan isterinya berketurunan jawa.
    Saya berusaha untuk mengesan semula susur galur saya di sebelah ayah tapi masih gagal.
    Sekiranya tuan membaca komen ini, saya amat berharap tuan dapat hubungi saya di sam_ika1225@hotmail.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Tuan... agaknya Tuan ingat tak atau pernah mendengar Tuan Guru Haji Imran bin Arshad. Tuan Guru ni meninggal di Bir Ali semasa dalam perjalanan menunaikan Haji pada tahun 1980. Sebelumnya beliau duduk di Cangkat Tualang.. Anak Tuan Hj Imran ni bernama Tuan Hj Badaruddin yg meninggal baru-baru ini pada 8 Jul 2019 (4 Syawal)di Tapah.. jika tuan kenal, saya ada mendengar cerita peristiwa perang Melayu-Cina di Sg Manik, 1969. Peristiwa Parang Terbang juga turut didengar dlm peristiwa itu. Mak saya mengatakan parang terbang itu dilakukan oleh Arwah Datuk saudara saya, yg bergelang Panglima Hitam... Emak saya pernah menceritakan bagaimana Arwah datuk Saudara saya itu memacakkan parangnya dihalaman rumahnya di Banir,setelah itu parang tersebut terbang dan hilang .. saya ingin tahu lebih terperini tentang cerita tersebut..

    ReplyDelete
  5. Rasanya yg dekat pintu tu bapa saya Mat Aris Tatap(anjang aris)...

    ReplyDelete
  6. Saya ni kawan Omar bin Hashim lahir tahun tahun 1971 tgl dikg sg tukang sidin ayahnya kerja panjat kelapa. Ada sesiapa yg kenal?

    ReplyDelete
  7. Salam tuan. Boleh tak saya tahu nama tukang Sidin? Orang mana? Apa peranan beliau sehingga nama kg diberi mengikut namanya?
    Terima kasih.

    ReplyDelete