Wednesday, August 11, 2010

Maseh Ku Ingat



Dalam tahun 60an saya maseh di sekolah rendah,dan sebagai anak bongsu semua kehendaknya dipenuhi .Biasanya beberapa hari sebelum puasa ayah akan bawa saya ke Telok Anson untuk menjamu selera kononnya supaya bila tiba bulan berpuasa nanti,saya bolih berpuasa penuh .Maknanya tidak lah mengidam.Saya dan ayah akan menaiki keretapi jam 10.30 pagi dari setesen Sungai Tukang Sidin.Waktu itu dapat naik keretapi dan pergi ke Telok Anson sungguh teruju sekali,maklumlah peluang saperti ini waktu kecik2 susah hendak dapat.Dari petang hingga kemalam sehari sebelum hendak ke Telok Anson,dah buat persiapan malamnya tak bolih tidur ,gelisah sebab macam2 dalam fikiran,takut2 ayah kata tak jadi pergi pulak atau keretapi rosak dsbnya.Dari segi pakaian ayah memang sudah khaskan 2 pasang seluar dan baju untuk berjalan sahaja.Pakaian ini ditempah di kedai jahit di Telok Anson,kainnya ada klas dan kasut kulit.Biasanya bila sudah di pakai untuk berjalan,ayah akan hantar pakaian tersebut ke kedai dobi di Telok Anson.Ayah tak bagi emak atau kakak basuh,sebab gunakan air telaga,waktu itu paip tiada,air telaga ini tahu sahaja lah warna nya,coklat ada kuning pun ada (airnya keroh) ayah mahu kain itu bersih dan siap digosok.Hendak tahu tengoklah gambar saya dengan emak (diatas)betapa smartnya.Tentang berpakai ini bapa cukup jaga,itulah sebabnya sampai sekarang saya maseh begitu.
Sampai di setesen Telok Anson ayah bawa saya naik teksi sebenarnya beca,teksi adalah panggilan bagi beca,jarak nya kebandar Telok Anson lebih kurang 4km bayarannya 60 sen saja.Beca membawa kami terus kekedai "nasi lambai",ada tiga kedai disitu,pemilik berlainan ,pekerja kedai masing dari jauh dah melambai2 untuk mendapatkan pelanggan.Ayah masuk terus kekedai yang ditengah,rupanya ayah pelanggan tetapnya.Pekerja kedai semua kenal ayah,ayah selalu dapat layanan istemewa.Biasa lah kedai mamak,cedok nasi dari periok besar menggunakan tempurong kelapa saja,mungkin itu sebagai sukatan,dan lauk pauk pegang dengan tanggan saja tiada sendok atau sudu,melainkan untuk ambil kuah.Saya ingat lagi yang tukang cedok ini duduk atas kerusi rotan tak bergerak,badan besar dan berjanggut pulak.Biasanya saya minta lauk hati lembu,telor masin,bendi atau terong kari dan sambal kelapa,minuman nya mesti air leci.Maklumlah budak kampong memang menyelerakan.Selepas makan ayah bawa saya pusing2 beli barang,jalan kaki dari satu kedai kesatu kedai,dulu mana ada supermarket,waktu ini mula lah boring penat berjalan.Mula lah saya merenggek nak balik,nak balik,ayah kadang2 naik angin juga sebab beli barang tak selesai lagi.Begitu lah seorang ayah, tak tahan juga dia,maka kena lah ikut cakap anak,maka ayah panggil beca dan menuju kesetesen keretapi ,tunggu keretapi itu kadang lama juga seterusnya naik keretapi balik ke Sungai Tukang Sidin.
Begitu lah seronoknya waktu itu,sekarang ini perjalanan keratapi laluan Tapah Road ke Telok Anson telah ditutup,rail nya pun sudah hilang,maklum lah harga besi mahal untuk dijual.Semua ini tinggal kenangan sahaja.Kenangan ku.......

No comments:

Post a Comment